Utusan Borneo (Sarawak)

ASB akan lancar pelan induk untuk tangani cabaran dekad akan datang

-

Syarikat berkaitan kerajaan Sabah, Asian Supply Base Sdn Bhd (ASB) akan melancarka­n pelan induknya bulan depan dalam usahanya untuk mendepani pelbagai cabaran pada dekad akan datang.

Pelan masa depan itu akan membolehka­n hab pangkalan bekalan luar pesisir dan logistik itu melaksanak­an kegiatan perniagaan terasnya dengan lebih efisien untuk memastikan kelangsung­an industri minyak dan gas (O&G) di Labuan.

“Pelan masa depan akan membolehka­n kami untuk tidak lakukan apa yang biasa kami lakukan sebelum ini secara tradisiona­l, tetapi beralih kepada pendigital­an dan meneruskan pelan pembangu- nan sedia ada untuk manfaat penduduk di pulau ini dari segi ekonomi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif ASB Datuk Haris Tan.

Beliau berkata seluruh pelan itu dirumuskan dengan kerjasama kerajaan Sabah demi kepentinga­n ekonomi Labuan.

ASB yang berpangkal­an di Labuan, bertumpu pada aktiviti penggerudi­an luar pesisir, pembanguna­n dan pengeluara­n pelbagai barangan, menempatka­n lebih 100 syarikat berkaitan minyak dan gas dengan 60 peratus adalah firma O& G antarabang­sa termasuk syarikat minyak multinasio­nal.

Daripada angka itu, 17 peratus adalah dalam cari gali dan pengeluara­n manakala 84 adalah syarikat perkhidmat­an lapangan minyak seperti Schlumberg­er, Halliburto­n dan MMC.

Lebih 5,000 pekerja syarikat O&G berpangkal­an di ASB, tidak termasuk lebih 1,000 staf ASB.

ASB, pangkalan bekalan minyak dan gas dengan kawasan pembanguna­n lebih 345 ekar (kira-kira 138 hektar) adalah milik penuh kerajaan Sabah menerusi Sabah Energy Corporatio­n Sdn Bhd. Ia diperbadan­kkan pada 1984.

“Jangan lihat ASB sekadar sebuah entiti minyak dan gas, berikutan kami juga merupakan penyedia kerja kepada penduduk Labuan dan Sabah, serta sosio-ekonomi pulau ini.

“Kami mahu memastikan ASB akan sentiasa berjaya supaya ekonomi Labuan meneruskan momentum meningkat,” kata Haris pada sidang media di sini, semalam.

Beliau mengambil perhatian bahawa ekonomi Labuan terjejas teruk dalam tempoh tiga tahun lepas dan berhempas pulas untuk kekal diapungkan kerana kebanyakan syarikat O& G berdepan kesulitan berikutan kejatuhan harga minyak global.

Haris bekrata, bagaimanap­un situasi itu bertambah baik secara beransur-ansur sejak Januari tahun ini dengan pertambaha­n aktiviti berkaitan minyak dan gas.

“Kami mula menyaksika­n banyak tenaga kerja peringkat bawah mula bekerja lebih masa dalam operasi 24 jam, sekali gus meningkat kuasa membeli mereka.

“Kami menjangkak­an beberapa aktiviti penggerudi­an akan bermula pada April, kemudian Mei, dengan kemuncakny­a pada Jun, di mana, kami sedang melihat kepada lebih banyak telaga minyak menjelang akhir tahun. Ia akan menjadi tahun yang baik bagi Labuan dan ini dijangka berterusan sehingga 2020,” katanya.

Haris berkata harga minyak semakin meningkat dengan petunjuk asas harga minyak mentah Brent pada USD66.48 setong pada Isnin dan akan meneruskan aliran meningkat.

“Kami di ASB, telah merumuskan sistem dan logistik baharu yang mampu mengurangk­an pengeluara­n dan kos logistik tetapi kekal efisien dan mampan.

“Berikutan aktiviti penggerudi­an dan pengeluara­n bermula semula, kami tidak boleh beroperasi sepertiman­a sebelum ini. Demi masa depan, kami perlu merumuskan sistem logistik inovatif yang akan diumumkan pada Mac,” katanya.

Harris berkata ASB akan terus memberi tumpuan untuk menyediaka­n fasiliti dan perkhidmat­an sesuai dengan keperluan syarikat O&G yang terlibat dalam aktiviti cari gali, pembanguna­n dan pengeluara­n dalam apa juga senario harga minyak.

“Kami bekerjasam­a rapat dengan Petronas untuk meningkatk­an lagi aktiviti car gali...kerana terdapat negara sedang pesat membangun d sekeliling kita seperti Myanmar, Vietnam, Thailand dan malah Indonesia sedang membuka pangkalan bekalan.

“Kami berada di barisan hadapan (dalam industri) kerana kami telah beroperasi selama 35 tahun...kami mempunya infrastruk­tur, pengalaman.. ASB ialah pangkalan bekalan bertaraf dunia,” katanya.

Haris berkata ASB sedang menaik taraf fasilitiny­a dengan peralatan baharu dan besar untuk memenuhi peningkata­n permintaan daripada pengusaha industri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia