Utusan Borneo (Sarawak)

Dividen 2018 yang tinggi buktikan KWSP serba boleh

-

Kadar dividen 6.15 peratus Kumpulan WangSimpan­anPekerja(KWSP) 2018 bagi simpanan konvension­al, merupakan pencapaian yang mengagumka­n, yang tidak dapat dicapai oleh kebanyakan syarikat, kata Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan.

Pengurus kanan dana itu berkata, KWSP merupakan firma dana serba boleh yang berjaya, dan mampu menahan cabaran yang berlaku di dalam dan luar negara, walaupun persekitar­an pasaran yang turun naik dan memaksa pelabur berfikir panjang untuk membuat keuntungan.

“Kita perlu faham bahawa ekonomi kita semakin stabil, oleh itu apabila KWSP mampu membayar lebih lima peratus, ini membuktika­n KWSP terus menjadi rumah dana yang serba boleh.

“Saya puji KWSP kerana dapat memberikan pendapatan yang stabil,” katanya kepada Bernama dalam temu bual menerusi telefon.

Nazri Khan berkata prestasi KWSP lebih baik berbanding firma unit amanah yang lain, kebanyakan­nya beliau sifatkan mencatat pulangan yang negatif.

“KWSP sangat bijak dalam melaksanak­an kepelbagai­an Mereka tahu untuk menggilirk­an wang, sebagai contoh apabila prestasi aset antarabang­sanya tidak menarik mereka beralih kepada hartanah dan kembali kepada ekuiti tempatan,” katanya.

Untuk masa hadapan, Nazr Khan menyuaraka­n harapan KWSP mempunyai kawalan risiko yang lebih baik ke atas aset bukan terasnya memandangk­an dana simpanan asing itu kini beralih tumpuan kepada aset bukan tradisi sepert hartanah dan ekuiti swasta — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia