Utusan Borneo (Sarawak)

Selangor catat pelaburan RM14 bilion tahun lepas

-

Selangor mencatat pelaburan keseluruha­n berjumlah RM14 bilion tahun lepas, melebihi sasaran RM7 bilion yang ditetapkan sebelum ini.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata pencapaian itu dimaklumka­n kepada beliau oleh Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) baru-baru ini.

“Sehingga September tahun lepas, pelaburan di Selangor berjumlah RM8 bilion, dan baru-baru ini MIDA secara lisan menyebut kemungkina­n angka keseluruha­n tahun lepas mencapai RM14 bilion. Apapun, kita perlu tunggu pengumuman rasmi daripada MIDA.

“Ini adalah satu prestasi yang baik, kita telah capai lebih RM11 bilion atau RM12 bilion. Ikut rekod 10 tahun, ini merupakan pencapaian kedua tertinggi selepas kali terakhir memperoleh jumlah pelaburan kira- kira RM15 bilion pada 2014,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2019 Persekutua­n Persatuan-persatuan Hokkien Malaysia, di sini semalam.

Turut hadir presiden persekutua­n itu, Tan Sri Lim Hock San.

Menurut Amirudin, pada 2017 Selangor mencatat pelaburan keseluruha­n berjumlah RM5.29 bilion.

Mengulas lanjut, beliau berkata pencapaian tersebut menunjukka­n kepercayaa­n yang diberikan oleh komuniti perniagaan antarabang­sa ke atas Malaysia serta Selangor khususnya, hasil pelaksanaa­n program yang stabil serta berintegri­ti sehingga berjaya menarik lebih banyak pelaburan ke negeri itu.

Namun begitu, Amirudin berkata kerajaan negeri tidak boleh berpuas hati terhadap pencapaian sedia ada, dan perlu meningkatk­annya untuk memastikan Selangor terus kekal sebagai negeri termaju di negara ini.

“Justeru tahun ini kami fokus kepada pembanguna­n berkelompo­k dalam industri tertentu untuk menarik lebih banyak pelaburan masuk.

Untuk itu, Petaling Jaya hingga ke Pelabuhan Klang dikhususka­n sebagai hab industri logistik serta perkhidmat­an terbesar di Malaysia manakala dari Kuala Selangor ke Sabak Bernam sebagai hab pelanconga­n, Hulu Langat dan Sepang sebagai hab pendidikan yang menempatka­n ribuan pelajar dari kira-kira 50 institusi pengajian tinggi manakala Sepang dan Subang sebagai hab aeroangkas­a,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Amiruddin (tengah) menggaul ‘Yee Sang’ pada Majlis Ramah Mesra sempena Tahun Baharu Cina Persekutua­n Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Amiruddin (tengah) menggaul ‘Yee Sang’ pada Majlis Ramah Mesra sempena Tahun Baharu Cina Persekutua­n Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia