Utusan Borneo (Sarawak)

Pembiayaan tambahan untuk MAS bergantung kepada pelan mereka

-

Sebarang pembiayaan tambahan Khazanah Nasional Bhd untuk kegunaan Malaysia Airlines Bhd akan berdasarka­n kepada cadangan-cadangan syarikat penerbanga­n itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah Datuk Seri Shahril Ridza Ridzuan.

“Tetapi mereka perlu mengemukak­an strategi mereka sendiri,” katanya kepada pemberita semasa Forum Pelaburan bersempena ulang tahun ke-10 Nomura Islamic Asset Management di sini semalam.

Shahril kelmarin memberitah­u syarikat penerbanga­n nasional berkenaan perlu mengatur pelan strategikn­ya sendiri untuk bersaing dalam industri penerbanga­n serta menghasilk­an keuntungan.

Syarikat penerbanga­n tersebut sedang berusaha bagi mengukuhka­n strategi perniagaan sedia ada dan akan mengeluark­an cadangan baharu.

Dana kekayaan kedaulatan negara itu, yang mengambil alih Malaysia Airlines pada 2014, telah menyuntik sebanyak RM6 bilion ke dalam syarikat itu bagi membantuny­a mencatatka­n keuntungan kembali selepas ia terjejas akibat kemerosota­n nilai ringgit dan harga minyak jet yang melonjak.

“Kami masih menunggu pembentang­an strategi mereka,” katanya.

Sementara itu, menurut Shahril, Khazanah adalah komited untuk menyampaik­an sejumlah RM1 bilion dalam bentuk dividen kepada kerajaan walaupun berhadapan dengan persekitar­an ekonomi makro yang mencabar.

Beliau, bagaimanap­un enggan mengulas mengenai dana tambahan yang boleh dikumpulka­n Khazanah melalui penguranga­n penglibata­nnya di peringkat global dan pengecilan pegangan di kawasan yang tidak strategik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia