Utusan Borneo (Sarawak)

KWSP tunggu perancanga­n EAC tentukan hala tuju masa depan

-

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP) akan menunggu perancanga­n Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang baru ditubuhkan dalam usaha menentukan hala tuju masa depan yang lebih jelas.

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Tunku Alizakri Alias berkata dana simpanan persaraan itu turut teruja terhadap hala tuju serta perancanga­n oleh EAC tersebut.

“Kami amat gembira dengan pelbagai perancanga­n hebat yang akan dihasilkan oleh EAC,” katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat prestasi KWSP bagi 2018 di sini, semalam.

Mengulas selanjutny­a, Tunku Alizakri turut optimis penubuhan majlis itu dapat mengetenga­hkan hala tuju dasar yang lebih jelas, termasuk membabitka­n kebergantu­ngan negara ini terhadap komoditi serta pelan pempelbaga­ian ekonomi.

“Selain itu, kami juga mahu melihat maklum balas kerajaan berhubung Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata KWSP akan menjalin kerjasama dengan pengurus dana luar dalam usaha menembusi pasaran Amerika Latin yang merupakan sebahagian daripada langkah mempelbaga­ikan portfolion­ya di peringkat luar negara.

“Kami tidak akan memasuki Amerika Latin secara melulu. Ada banyak (negara) ekonomi besar seperti Brazil dan Colombia.

“Pasa masa ini, kami akan menjadi lebih memilih dan akan memasuki dengan wang (pelaburan) yang lebih kecil,” katanya.

Menurut Tunku Alizakri, walaupun KWSP bertapak dengan baik di ASEAN, pihaknya masih melihat pasaran rantau itu memiliki potensi yang banyak.

“Kami amat mengenali pasaran ini kerana berada di dalamnya. Kami juga amat teruja serta berminat dengan pasaran ASEAN, namun ini semua bergantung kepada nilai pelaburan yang terbabit.

“Pada masa ini, 4.8 peratus daripada jumlah aset itu dilabur di ASEAN dengan pendedahan pelaburan yang besar di Singapura,” katanya.

Mengulas pelaburan KWSP di United Kingdom, Tunku Alizakri berkata dana itu optimis terhadap potensinya sebagai destinasi pelaburan walaupun negara itu berdepan ketidakten­tuan membabitka­n kesan Brexit.

“Sewaktu mula memasuki negara itu, harganya adalah amat menarik dan kami sedang meraih manfaat itu.

“Ketidakten­tuan membabitka­n Brexit itu sebaliknya berkemungk­inan memberi lebih banyak peluang untuk ke sana,” katanya.

Tunku Alizakri berkata, pada masa ini, pelaburan KWSP di UK adalah kira-kira RM24 bilion atau 3.0 peratus daripada jumlah asetnya.

Secara keseluruha­nnya, KWSP telah melabur RM222.61 bilion atau 26.7 peratus daripada jumlah aset dana simpanan persaraan itu di kira-kira 40 negara bagi mempelbaga­ikan portfolion­ya.

Pada 2018, KWSP mencatat pendaftara­n pelaburan kasar sebanyak RM50.88 bilion dengan aset pelaburan berjumlah RM833.76 bilion.

Jumlah carumannya pula meningkat 9.08 peratus kepada RM71.47 bilion pada tahun lepas manakala pengeluara­n pula berkuranga­n kepada RM48.10 bilion daripada RM49.40 bilion pada 2017. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAKLIMAT: Tunku Alizakri Alias berucap semasa majlis taklimat prestasi KWSP bagi 2018 di Bangunan KWSP, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama TAKLIMAT: Tunku Alizakri Alias berucap semasa majlis taklimat prestasi KWSP bagi 2018 di Bangunan KWSP, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia