Utusan Borneo (Sarawak)

Perak bercadang perluas kejohanan e-Sukan

-

Perak akan memperluas kejohanan e-Sukan yang akan diadakan buat pertama kali di Kinta bulan depan ke daerah lain susulan sambutan menggalakk­an golongan muda di negeri itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia dan Sukan negeri Howard Lee Chuan How berkata penyertaan kejohanan yang dijadualka­n bersempena penganjura­n julung kali Persidanga­n Industri Profesiona­l Esport ( EPIC) 2019 pada 2 dan 3 Mac ini sudah menghampir­i kuota.

Pendaftara­n penyertaan akan ditutup pada 22 Feb ini dan kejohanan mempertand­ingkan empat permainan iaitu Konsol Komputer – Dota 2 Konsol Smartphone – Mobile Legends dan PUBG Mobile serta Konsol Playstatio­n 4 – FIFA19, katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurutnya penyertaan hanya untuk anak jati Perak.

Mengenai EPIC 2019, Lee berkata persidanga­n bertemakan ‘More than Gaming itu akan membincang­kan tiga topik utama iaitu pembanguna­n e-Sukan, ekosistem e-Sukan dan ekonomi e-Sukan.

Sebanyak 30 kiosk pameran akan dibuka pada persidanga­n itu yang disertai pemain industri serta institusi pengajian tinggi, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia