Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Ibrahim raikan Sambutan Chap Goh Mei bersama rakyat Johor

-

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam berangkat mencemar duli menyertai hampir 3,000 rakyat negeri ini meraikan sambutan Chap Goh Mei anjuran Iskandar Waterfront Holdings Group (IWHG) di Pusat Konvensyen Danga, di sini.

Baginda tiba kira-kira jam 12.30 tengah hari dengan disambut Naib Pengerusi Eksekutif IWHG, Tan Sri Lim Kang Hoo dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita dan Pelanconga­n negeri, Liow Cai Tung dan Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Terdahulu, baginda turut berkenan menyertai barisan dif- dif kehormat untuk sama- sama menggaul Yee Sang sebagai acara simbolik menyambut Tahun Baharu.

Sambutan Chap Goh Mei kumpulan itu turut diserikan dengan persembaha­n tarian tradisiona­l masyarakat Cina dan persembaha­n gendang serta persembaha­n artis dari Surabaya.

Baginda berangkat pulang selepas meluangkan masa kira-kira sejam pada sambutan itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GAUL: Sultan Ibrahim (tengah) berkenan menggaul ‘Yee Sang’ ketika meraikan sambutan Chap Goh Mei anjuran Iskandar Waterfront Holdings Group (IWHG) di Pusat Konvensyen Danga dekat Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama GAUL: Sultan Ibrahim (tengah) berkenan menggaul ‘Yee Sang’ ketika meraikan sambutan Chap Goh Mei anjuran Iskandar Waterfront Holdings Group (IWHG) di Pusat Konvensyen Danga dekat Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia