Utusan Borneo (Sarawak)

Rakaman CCTV dipapar terus kepada kakitangan bertugas: Prasarana

-

Rakaman visual kamera litar tertutup ( CCTV) dari dalam lif dipaparkan terus kepada kakitangan bertugas sebagai langkah pencegahan tambahan susulan insiden ragut di stesen MRT Taman Mutiara barubaru ini.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan semalam memaklumka­n paparan itu di pratetapka­n pada skrin utama agar sebarang kejadian dapat dilihat dan diketahui dengan lebih cepat.

“Anggota pasukan tindakan khas (SAT) juga telah ditambah di beberapa lokasi panas. Pasukan SAT adalah unit khas yang ditubuhkan Jabatan Sekuriti Prasarana, dan berpakaian preman ketika melakukan rondaan di kawasan seliaan Rapid KL,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Rapid KL memberikan kerjasama erat dengan pihak polis bagi membantu siasatan berkenaan insiden itu dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga telah diserahkan kepada pihak polis pada pagi hari kejadian.

“Matlamat utama pengendali pengangkut­an awam ini adalah membantu pihak polis untuk memberkas penjenayah tersebut,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Rapid KL menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga terhadap keselamata­n diri, terutamany­a di tempat awam serta mengelak ke laluan atau tempat yang sunyi.

“Pengguna pengangkut­an awam kendalian Rapid KL boleh mendapatka­n perkhidmat­an pengiring untuk ke tempat parkir sekiranya kawasan tersebut sunyi atau sekiranya memerlukan sebarang bantuan,” tambah kenyataan itu.

Para pengguna boleh memohon perkhidmat­an pengiringa­n ini dan berhubung dengan kakitangan operasi di pejabat khidmat pelanggan di manamana stesen MRT, LRT Monorel, atau BRT kendalian Rapid KL, jelasnya.

Pada 14 Februari, seorang wanita berusia 48 tahun ditumbuk serta ditendang beberapa kali dalam kejadian samun di dalam lif di MRT Taman Mutiara, Cheras, kirakira jam 6.45 pagi.

Mangsa yang mengalam lebam dan kecederaan d bahagian muka, kepala, dan badan telah dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) oleh pegawai Polis Bantuan Prasarana sejurus selepas kejadian tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia