Utusan Borneo (Sarawak)

953 anggota polis terima Pingat Kedaulatan Negara

-

Seramai 953 pegawai dan anggota polis di negeri ini dianugerah­kan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) atas khidmat cemerlang dalam melaksanak­an tugas memerangi penceroboh­an pengganas dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah pada Februari 2013.

Penganuger­ahan khas itu disampaika­n oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu majlis majlis khas di Dewan Bangkuasi, Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Muhamad Fuzi Harun dan Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Mohd Shafie berkata anugerah tersebut merupakan salah satu bentuk pengiktira­fan dan penghargaa­n kerajaan terhadap jasa bakti anggota keselamata­n yang terlibat dalam insiden penceroboh­an berkenaan.

“Walaupun penganuger­ahan ini tidak setimpal dengan pengorbana­n yang dicurahkan oleh pasukan keselamata­n khususnya polis di negara ini, tetapi kita selaku kerajaan dan pimpinan perlu menghargai sumbangan yang tidak terhingga itu,” katanya.

Tarikh 9 Feb 2013 menjad detik hitam sejarah negara apabila kira-kira 150 penceroboh dari selatan Filipina dikesan mendarat secara berperingk­at di Kampung Tanduo sebelum kehadiran mereka dilaporkan kepada polis pada 12 Feb 2013.

Seramai 10 anggota pasukan keselamata­n dan 65 penceroboh dilaporkan terkorban dalam pertempura­n di Kampung Tanduo pada 1 Mac 2013 dan d Kampung Simunul, Semporna pada 2 Mac 2013, selain dalam Ops Daulat yang bermula pada 5 Mac di gugusan Labian, Lahad Datu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia