Utusan Borneo (Sarawak)

PENCARI LOKAN CEDERA DISERANG BUAYA

-

SARIKEI: Seorang pencari lokan cedera parah di kedua-dua lengannya selepas disambar buaya ketika sedang mencuci kasut di Muara Lepa Serdeng, tengah hari kelmarin.

Mangsa, Peter Wee Chee Kiong, 20, dari Kampung Belabau ketika kejadian baru selesai menghantar hasil tangkapan ke jeti dan turun semua ke perahunya untuk mencuci kasut yang berlumpur.

Menurutnya, buaya yang menyerangn­ya berukuran kira-kira empat meter.

“Kejadian berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari. Ketika sedang mencuci kasut, tiba-tiba buaya terbabit muncul dari dalam air lalu menyambar kedua-dua lengan saya.

“Serangan mengejut itu hampir menyebabka­n saya terjatuh ke dalam sungai. Namun, dengan seluruh kudrat, bercampur perasaan takut dan cemas, saya berusaha melepaskan bahaman buaya dan akhirnya membuahkan hasil.

“Sebaik sahaja buaya tersebut melepaskan lengan saya, saya keluar dari dalam perahu dan berlari ke tebing sungai untuk menyelamat­kan diri,” katanya ketika dihubungi media, semalam.

Beberapa penduduk kampung yang menyedari kejadian tersebut bergegas membantu Peter dan terus membawanya ke Hospital Sarikei untuk mendapatka­n rawatan.

Pada masa sama, keluarga mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Sarikei.

 ??  ?? DIRAWAT: Peter menunjukka­n lengannya yang cedera akibat serangan buaya di Muara Lepa Serdeng, tengah hari kelmarin.
DIRAWAT: Peter menunjukka­n lengannya yang cedera akibat serangan buaya di Muara Lepa Serdeng, tengah hari kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia