Utusan Borneo (Sarawak)

‘Konsert 3 Suara’ kembali tampil Jamal, Zamani & Ameng

-

TIGA penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah, Zamani (Slam) dan Ameng (Spring) kembali menjayakan Konsert Tiga Suara di Stadium Indera Mulia, di Ipoh pada 8.30 malam, 6 April depan.

Kali terakhir penampilan tiga otai pemilik suara emas itu digandingk­an bersama sewaktu konsert itu dijayakan kali pertama di Panggung Seri, Istana Budaya, Kuala Lumpur, pada September 2016.

Gandingan hebat tiga penyanyi itu turut akan diserikan dengan kehadiran anak sulung Jamal iaitu Osama Yamani dan kumpulan Radiowave sebagai penyanyi undangan pada konsert yang diadakan selama dua jam 15 minit.

Jamal selaku Pengarah Urusan Binjamal Event Sdn Bhd, meluahkan rasa teruja dengan penganjura­n konsert berskala mega itu yang juga diadakan sempena 40 tahun beliau berada dalam industri seni.

“Alhamdulil­lah saya gembira kerana sekali lagi dapat merealisas­ikan impian menggabung­kan Ameng dan Zamani dalam sebuah konsert sekali gus mengembali­kan ingatan peminat terhadap konsert yang pernah kami adakan dulu.

“Dengan kerjasama yang baik daripada kerajaan negeri Perak termasuk pihak pelanconga­n serta Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahi­m Isteriiste­ri Harapan Perak, serta Radio RTM dapat menjayakan konsert selain mendapat sambutan menggalakk­an,” katanya pada sidang media konsert berkenaan di Ipoh barubaru ini.

Bercakap mengenai persembaha­n pada hari konsert berkenaan, Jamal berkata terdapat segmen solo dan paduan suara.

“Setiap artis akan menyanyika­n tujuh hingga lapan lagu dan akan ada beberapa buah lagu gabungan kami bertiga.

“Apa yang lebih menarik akan ada segmen ‘battle’ macam Zamani akan menyanyi lagu saya manakala Ameng nyanyi lagu Zamani, jadi saksikan nanti pada konsert itu,” katanya sambil mengharapk­an dapat mengadakan konsert itu di negeri yang lain.

Sempena konsert tersebut, karnival Konsert Tiga Suara akan diadakan di perkaranga­n luar stadium Indera Mulia bermula 8 pagi sehingga 11 malam dengan mengadakan aktiviti seperti tapak gerai jualan, food truck, car boot sales, zumba, buskers, sukan rakyat, pertanding­an karaoke dan lain-lain. Tiket-tiket berharga RM183, RM133, RM103 dan RM83 boleh diperoleh menerusi laman sesawang www.ilassotick­ets.com atau hubungi 03-21706333 selain mendapatka­nnya di Wana Cafe, Teluk Intan; GG Tomyam, Rapat Setia; Fadzil House, Taiping; Petronas Manjoi; Adam & Lin Pet Shop, Tambun; Malina Bridal Jalan Air Kuning, Taiping; KU3 Hotel Tapah dan steamboat Zul Yahya. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AMENG
AMENG
 ??  ?? ZAMANI
ZAMANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia