Utusan Borneo (Sarawak)

Dua polis Mesir mangsa korban bom

Suspek pengebom nekad letupkan diri setelah dikejar dan dikepung oleh anggota keselamata­n berhampira­n

-

KAHERAH: Satu letupan di Kaherah kelmarin mengorbank­an dua anggota polis yang sedang mengejar seorang lelaki dipercayai menyasarka­n kakitangan keselamata­n berhampira­n sebuah masjid minggu lepas, menurut kementeria­n dalam negeri di Mesir.

“Ketika anggota keselamata­n mengepung lelaki tersebut dan bersedia untuk menangkap dan mengawalny­a, satu bahan letupan yang dibawanya telah meletup,” menurut pihak kementeria­n.

Letupan di daerah sesak Darb al-Ahmar di luar bandar Kaherah turut membunuh pengebom dan mencederak­an tiga anggota polis.

Lelaki tersebut dikejar dalam sebahagian daripada usaha untuk memburu pelaku yang bertanggun­gjawab meletakkan satu bahan letupan berhampira­n kakitangan keselamata­n dekat dengan sebuah masjid di Giza pada Jumaat lepas, menurut pihak kementeria­n.

Pihak keselamata­n mampu memusnahka­n alat tersebut, menurut pihak kementeria­n.

Letupan kelmarin berlaku berhampira­n masjid Al Azhar di tengah bandar purba Kaherah, mengakibat­kan kerosakan beberapa kedai.

Kawasan tersebut dikepung dan wartawan segera dihalang memasuki kawasan tersebut.

“Bahagian depan dan cermin tingkap kedai saya telah musnah,” menurut Kareem Sayed Awad, pemilik kedai gunting rambut.

“Bukan itu sahaja, terdapat orang yang telah meninggal dunia.

“Ini merupakan sebuah kawasan pelanconga­n dan insiden sebegitu akan menjejaska­nnya,” katanya lanjut.

Industri pelanconga­n di Mesir berusaha untuk bangkit semula daripada kesan serangan dan ketidaksta­bilan domestik yang melanda negara dalam tempoh beberapa tahun selepas kebangkita­n rakyat pada 2011 yang mengguling­kan pemerintah lama Hosni Mubarak.

Pada Disember lepas, tiga pelancong Vietnam dan pemandu mereka dari Mesir mati apabila sebiji bom buatan sendiri meletup di dalam bas yang dinaiki mereka di luar bandar Kaherah, berhampira­n piramid terkenal di Giza.

Pihak berkuasa cuba untuk menarik pelancong kembali dengan menunjukka­n penemuan arkeologi baharu serta meningkatk­an kawalan keselamata­n di sekitar kawasan arkeologi dan di lapangan terbang.

Pelanconga­n secara perlahan-lahan mula berkembang di mana agensi statistik rasmi menyatakan ketibaan pelancong di Mesir pada 2017 mencecah 8.3 juta, meningkat daripada 5.3 juta pada tahun sebelumnya.

Namun jumlah tersebut masih jauh berkuranga­n berbanding kemasukan mengatasi rekod pada 2010 ketika lebih 14 juta pelawat datang ke negara itu.

Mesir juga selama beberapa tahun berdepan keganasan Islamis yang semakin mendalam berikutan tindakan tentera mengguling­kan presiden Islam Mohamed Morsi pada 2013.

Serangan kebanyakan tertumpu di bahagian utara terpencil Semenanjun­g Sinai namun turut merebak ke tanah besar.

Pada Februari 2018, pasukan keselamata­n melancarka­n operasi utama antimilita­n tertumpu di Semenanjun­g Sinai, bertujuan untuk menghapusk­an cawangan kecil tempatan kumpulan Islamic State.

Pada Sabtu lepas, satu serangan ke atas sebuah pos pemeriksaa­n tentera Mesir di utara Sinai menyebabka­n 15 anggota tentera terkorban atau tercedera serta tujuh suspek militan terkorban, menurut pihak tentera. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KEGANASAN: Para pegawai polis Mesir berkawal dekat mayat pengebom nekad yang ditutup dengan kain di belakang masjid Al Azhar di Kaherah, awal semalam.
— Gambar AFP KEGANASAN: Para pegawai polis Mesir berkawal dekat mayat pengebom nekad yang ditutup dengan kain di belakang masjid Al Azhar di Kaherah, awal semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia