Utusan Borneo (Sarawak)

15 kemalangan maut dicatatkan sepanjang Ops Selamat TBC 2019

-

Sebanyak 15 kemalangan maut membabitka­n 15 kematian dicatatkan sepanjang Ops Selamat Tahun Baharu Cina (TBC) 2019 yang dijalankan di seluruh negeri bermula 29 Januari hingga 12 Februari baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata, penunggang dan pembonceng motosikal merupakan yang teramai terkorban iaitu seramai 11 orang diikuti pemandu dan kelindan lori (2), manakala masing-masing seorang pemandu kereta dan pejalan kaki.

“Jumlah kemalangan maut yang dicatatkan sepanjang Ops Selamat TBC 2019 adalah sama dengan tahun lepas, namun jumlah kematian menunjukka­n penurunan berbanding tempoh sama tahun lepas yang mencatatka­n 17 kematian,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Alexson turut memberitah­u, sebanyak 742 kemalangan jalan raya dicatatkan sepanjang operasi selama 15 hari tersebut.

Menurutnya, jumlah itu menunjukka­n penurunan sebanyak 20 kes berbanding 762 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

“Jenis kenderaan paling banyak terlibat dalam kemalangan jalan raya ialah kereta iaitu 861, dikuti kenderaan pacuan empat roda (4WD) sebanyak 194 dan motosikal, 97.

“Siasatan kita mendapati sebahagian besar kemalangan berpunca daripada pemandu yang gagal mengawal kenderaan semasa memandu dan memandu laju tanpa mematuhi had laju,” jelas Alexson. Justeru, beliau menasihat pengguna jalan raya agar lebih berhati- hati dan bertanggun­gjawab di atas jalan raya dengan mematuhi undangunda­ng serta peraturan bag mengurangk­an kadar kemalangan jalan raya khususnya kemalangan maut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia