Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas polis ditahan simpan peluru, gari

-

Seorang bekas anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan 10 butir peluru dan gari yang disimpan di rumah sewanya di Bayan Lepas dekat sini, kata Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A A Anbalagan semalam.

Katanya, lelaki berumur 35 tahun itu dan kini bekerja sebagai pengawal keselamata­n ditahan di rumah keluargany­a di Sungai Petani, Kedah kirakira jam 2 pagi Ahad lepas susulan satu laporan polis yang dibuat pengurus syarikat di mana suspek itu bekerja.

“Pengurus itu telah pergi ke rumah sewa yang didiami suspek selepas dia tidak datang bekerja dan semasa memeriksa beg pakaian milik suspek di situ, pengurus itu telah menemui peluru dan gari berkenaan,” katanya di sini.

Menurutnya, hasil maklumat yang diperolehi setakat ini mendapati suspek yang pernah berkhidmat di Cawangan Latihan Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya itu dalam 2014 telah mengambil peluru dan gari berkenaan tanpa pengetahua­n pihak berkuasa cawangan itu.

“Semasa disoal siasat selepas ditangkap, suspek berkata dia berhasrat untuk memulangka­n kembali peluru dan gari berkenaan, namun terlupa untuk berbuat demikian,” katanya, sambil menambah suspek menyertai polis dalam 2004 sebelum berhenti tiga tahun lepas.

Suspek yang direman sejak penangkapa­nnya itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia