Utusan Borneo (Sarawak)

38 pelajar sekolah swasta nyaris maut apabila bas terbakar

-

Seorang pemandu bas dan 38 pelajar Sekolah Sri Omega, Senai berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki mereka terbakar di Jalan Senai di sini, kira-kira jam 7 pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai Mohd Fauzi Awang berkata, kejadian berlaku ketika bas itu dalam perjalanan ke sekolah swasta berkenaan.

“Kebakaran dipercayai bermula dari bahagian belakang iaitu enjin bas dan kemudian merebak ke bahagian dalam bas.

“Namun, 20 pelajar lelaki dan 18 pelajar perempuan serta seorang pemandu sempat menyelamat­kan diri sebelum bas itu terbakar keseluruha­nnya,” kata beliau ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, sebuah jentera bomba dengan tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia