Utusan Borneo (Sarawak)

55 kes penipuan alat penimbang direkodkan tahun lepas

-

Sebanyak 55 kes penipuan Akta Timbang dan Sukat 1972 direkodkan tahun lalu di mana kebanyakan­nya melibatkan alat penimbang yang tidak dihantar ke Metrology Corporatio­n (MCM) Sdn Bhd di sini untuk pengesahan setiap 12 bulan.

Ketua Cawangan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP) Sibu Roslee Maslie berkata, pihaknya turut merampas barangan bernilai RM9,685 serta mengeluark­an kompaun berjumlah RM9,450.

Ujar beliau, semua alat penimbang hendaklah dihantar ke MCM Sdn Bhd untuk disahkan selepas tarikh luput.

“Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan didenda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Jelasnya, pensijilan atau pelekat pada alat penimbang ada menunjuk tarikh luput selepas ketepatan alat penimbang telah diuji dan disahkan oleh pihak MCM Sdn Bhd.

Oleh yang demikian, Roslee menasihati pengguna agar mengesahka­n berat barang yang dibeli mereka jika berasa ragu.

“Terdapat alat penimbang yang diletakkan di atas kaunter keselamata­n di Pasar Sentra Sibu.

“Kita telah bahagikan kepada penimbang barangan tidak halal dan halal,” ujar beliau.

Katanya, jika selepas mengesahka­n berat barang di sana dan terdapat percanggah­an, mereka boleh menghubung­i pejabat KPDNHEP untuk tindakan d talian 084-329202.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia