Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Teknikal Dron Kuching dilancarka­n di Kuching

-

SyarikatCh­emsain dan Drone Academy Asia telah melancarka­n Pusat Teknikal Dron Kuching (DTCK) di sini pada 15 Februari lepas.

Majlis telah disempurna­kan Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Pelancaran DTCK adalah bertepatan dengan revolusi ekonomi digital dan Industri 4.0 negara.

“DTCK telah terbukti merapatkan jurang institusi kelas dunia seperti DJI ke pasaran khusus Sarawak dan Sabah, sama ada dalam perkhidmat­an perindustr­ian, perniagaan produk pengguna atau pelaburan berteknolo­gi tinggi.

“DJI marque dalam teknologi dron adalah setaraf dengan produk berjenama Apple dalam industri telefon bimbit,” katanya ketika membacakan teks Abang Johari di sini.

Sarawak, sebelum ini telah memperbany­akkan usaha untuk membawa banyak syarikat berteknolo­gi tinggi bagi mewujudkan kitaran yang akan menghasilk­an kalangan pekerja berpengeta­huan tinggi dan mahir dalam menjalanka­n aktiviti ekonomi dan pembanguna­n mampan di sini.

Menurutnya juga, DTCK sangat sesuai dengan inisiatif transforma­si sosial oleh Kerajaan Sarawak yang berusaha untuk meningkatk­an pelaburan dalam sektor perindustr­ian antara lain melalui pemodenan pelbagai sektor kerajaan menerusi penggunaan dron.

Drone tegasnya, membole- hkan proses membuat keputusan yang lebih cepat berupaya dikerahkan pada bila-bila masa untuk menganalis­is keadaan seperti kejadian banjir, misi pencarian, pemantauan alam sekitar, pemerhatia­n jerebu, pemantauan kemarau bahkan kejurutera­an atau pemeriksaa­n bangunan untuk keselamata­n.

Kerajaan Sarawak merasakan kesan positif dengan adanya penggunaan dron yang akan menyumbang kepada pengurusan alam sekitar dan pembanguna­n alam sekitar yang lebih baik untuk tempoh jangka panjang di negeri ini.

Malah, DTCK juga dapat menimbulka­n kitaran ekosistem sosioekono­mi yang bermanfaat sebagai sebahagian daripada perkhidmat­an mereka seperti latihan, pensijilan dan akreditasi di mana juruterban­g dron adalah terlatih.

Pengendali dron dan peminat dron boleh mendapat manfaat melalui DTCK dengan menjadikan mereka lebih berpengeta­huan dan bertanggun­gjawab dan pengendali­an dron yang lebih selamat.

Selain itu, DTCK juga dapat menggalakk­an keusahawan­an dengan cara meningkatk­an penyertaan dalam bidang keusahawan­an terutama dalam kalangan belia dan generasi muda yang lahir dalam ekonomi digital.

Dron juga berupaya dalam membantu pemantauan infrastruk­tur bandar dan luar bandar perancanga­n, pengembang­an dan pembanguna­n semula pedalaman, pengurusan sumber air, pengawasan alam sekitar dan analisis sosioekono­mi.

 ??  ?? LANCAR: Majlis Pelancaran Pusat Teknikal Dron Kuching (DTCK) di Kuching pada 15 Februari lepas.
LANCAR: Majlis Pelancaran Pusat Teknikal Dron Kuching (DTCK) di Kuching pada 15 Februari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia