Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu teksi, Grab, van sewa dikehendak­i daftar caruman PERKESO

-

Pemandu teksi, Grab termasuk van sewa (perkhidmat­an pengangkut­an penumpang) di negeri ini dikehendak­i mendaftar untuk caruman di bawah Skim Perlindung­an Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri.

Pengarah Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Sarawak Philip Sangkan berkata pendaftara­n boleh dibuat secara dalam talian www.iperkeso. my <http://www.iperkeso. my/> atau datang ke pejabat PERKESO yang berdekatan.

“Ini adalah untuk memberi perlindung­an kepada pemandu dan jaminan untuk keluarga mereka sekiranya berlaku kemalangan,” katanya semalam.

Pada masa sama, Philip berkata PERKESO juga sedang giat mengada program Libat Urus Bersama pemandu teksi dan e-hailing termasuk van sewa di bawah Akta Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Katanya, perlindung­an bagi tempoh bulanan dan tahunan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi resit bayaran caruman.

Menurut beliau, PERKESO menyediaka­n skim perlindung­an untuk pemandu teksi, e-hailing atau individu yang menjalanka­n perkhidmat­an seumpamany­a di bawah Skim Perlindung­an Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri.

“Skim ini memberi perlindung­an kepada orang berinsuran­s yang bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalanka­n aktiviti pekerjaan.

“Skim ini menyediaka­n faedah tunai kepada pemandu teksi dan tanggungan­nya di samping menyediaka­n rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia