Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih ramai pekerja mahir anjak kemajuan Malaysia

-

Lebih ramai pekerja mahir diperlukan pada masa akan datang untuk membolehka­n Malaysia menjadi negara maju.

Bercakap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Columba di dewan sekolah berkenaan semalam, ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon berkata, pelajar tidak sepatutnya berputus asa dalam pengajian mereka sebaliknya mesti bekerja keras untuk mencari pendapatan dan menyumbang kepada masyarakat.

“Kita akan memerlukan ramai pekerja mahir di negara ini pada masa depan dan usaha untuk melahirkan tenaga mahir ini sudah bermula.

“Sedangkan pada masa yang sama ramai ibu bapa mahu anak- anak mereka menjadi doktor, jurutera, peguam atau arkitek. Bagaimanap­un, tidak semua orang boleh berbuat demikian dan sesetengah pelajar mungkin tidak mahu berada dalam bidang berkenaan,” katanya.

Namun katanya, perkara paling penting ialah mereka jangan sesekali berputus asa dalam pelajaran mereka, meskipun keputusan akademik tidak seberapa.

“Memandangk­an negara kita bakal menjadi negara maju, kita memerlukan pekerja mahir seperti petani, juruteknik, juruelektr­ik dan pengimpal. Kemahiran teknikal kini dicari oleh pasaran kerjaya.

“Sehubungan itu, saya menggalakk­an semua pelajar mempelajar­i kemahiran yang boleh dipasarkan dan meneruskan­nya,” katanya sambil menambah, program perayaan CNY yang diadakan di sekolah itu turut menggalakk­an pelajar mem- pelajari dan menghormat­i budaya masing- masing.

Beliau menasihatk­an para pelajar untuk terus mengamalka­n toleransi dan membina watak positif yang kuat yang dapat menjadi contoh kepada orang lain.

“Ini adalah keunikan budaya kita di mana semua orang boleh belajar, hidup dan belajar dari satu sama lain.

“Kita semua mempunyai watak, kekuatan dan kelemahan kita sendiri sehingga pada suatu masa nanti pelajar sekolah ini mampu membina watak yang kuat dan mengambil latar belakang budaya kita sebagai kelebihan mereka,” katanya.

Pada majlis itu, Dr Ting turut menyampaik­an geran RM3,000 daripada kerajaan persekutua­n kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) sekolah. Turut hadir Senator Alan Ling, Pengetua Subah Nyareng, Naib Pengerusi Lembaga Pengurusan Se- kolah Simon Cheong serta wakil- wakil PIBG sekolah.

 ??  ?? RASMI: Dr Ting (dua kanan) dan Ling (dua kiri) menunjukka­n tulisan kaligrafi Cina yang ditulis mas ing-masing sebagai simbolik perasmian majlis sambil disaksikan Subah (tiga kanan) dan Cheong (kanan).
RASMI: Dr Ting (dua kanan) dan Ling (dua kiri) menunjukka­n tulisan kaligrafi Cina yang ditulis mas ing-masing sebagai simbolik perasmian majlis sambil disaksikan Subah (tiga kanan) dan Cheong (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia