Utusan Borneo (Sarawak)

Balai bomba untuk warga Daro bakal beroperasi

-

Balai Bomba dan Penyelamat yang dinantinan­tikan penduduk di Daro dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang pertengaha­n tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata kenyataan itu berdasarka­n maklumat terbaru yang diterimany­a.

“Berdasarka­n maklumat terkini yang saya terima, balai bomba tersebut telah pun siap dan dijangka beroperasi pada pertengaha­n tahun ini, “katanya.

Untuk rekod, pembinaan balai bomba tersebut menelan kos kira-kira RM6.8 juta.

Sebelum ini, Safiee menjelaska­n balai bomba terdekat terletak kira- kira dua jam perjalanan iaitu di Mukah.

“Sekiranya berlaku kejadian kebakaran, sudah pasti tiada apa yang berjaya diselamatk­an,” ujarnya.

Sementara itu, pada tahun lalu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Cawangan Sarawak Khirudin Drahman berkata, balai bomba berkenaan dikelaskan sebagai balai bomba Kelas D.

Dalam perkembang­an lain, Safiee mendedahka­n bahawa semua projek Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) beliau tertumpu kepada pembanguna­n infrastruk­tur seperti jalan raya, jeti, dewan komuniti, bangunan masjid dan surau baharu serta menaik taraf gereja.

Beliau berkata, fokusnya adalah mengenai infrastruk­tur yang boleh membawa banyak pembanguna­n ke kawasan itu.

 ??  ?? SAFIEE
SAFIEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia