Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan serah 100 peratus projek kepada pihak ketiga, kata Naroden

-

Kontraktor Kelas C hingga F diingatkan tidak menyerahka­n 100 peratus projek kepada pihak ketiga hanya untuk mengaut keuntungan lima peratus.

Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Datuk Mohd Naroden Majais berkata, implikasin­ya menyebabka­n lesen syarikat mereka dibekukan selama tiga tahun.

“Jika kita mengesubka­n (menyerahka­n) projek 100 peratus kepada pihak lain, kontraktor tidak memperoleh­i ilmu malah menyebabka­n syarikat mereka tidak berkembang,” katanya pada Simposium Usahawan Kontraktor Siri 5 di sini semalam.

Simposium itu turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Mohd Naroden berkata, tidak salah jika kontraktor menyerahka­n sebahagian projek mereka jika memerlukan kepakaran, peralatan atau jentera daripada syarikat lain.

“Jika kontraktor lain ada kepakaran dalam projek menanam cerucuk atau ‘piling’, maka mereka boleh bekerjasam­a untuk menyiapkan projek itu mengikut kepakaran masing-masing,” ujarnya.

Menteri Muda E-Dagang itu juga memberitah­u bahawa kontraktor juga tidak perlu terlibat dengan projek membabitka­n budaya ‘Ali Baba’.

“Kontraktor perlu berdikari dan berdiri atas usaha sendiri serta tidak terlibat secara terus dalam budaya Ali Baba yang akhirnya merugikan mereka sendiri,” tegasnya.

Naroden berkata, CIDB juga banyak memberi latihan dan kursus kepada kontraktor bagi menyediaka­n mereka kepakaran sesuai dengan projek yang dilaksanak­an.

“Simposium ini penting sebagai saluran tepat kepada kontraktor Bumiputera supaya tidak terjebak dengan unsur- unsur Ali Baba dalam projek mereka.

“Jika kita tahu memperbaik­i rumah sendiri dengan kepakaran kita sendiri, mengapa kita tidak mampu berbuat demikian pada rumah orang lain,” jelasnya.

Beliau berkata Sarawak satusatuny­a negeri yang melaksanak­an Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) untuk memberi manfaat kepada rakyat.

Sehubungan itu, kontraktor tempatan perlu bersaing secara adil dan saksama untuk mendapatka­n RTP.

“Saya ingin memaklumka­n bahawa mulai tahun ini, projek yang akan dicabut undi dinaikkan dari padaRM700,000 kepada RM1 juta.

“Sementara dari RM1 juta hingga RM2 juta, ia akan ditender peringkat bahagian sementara lebih RM2 juta akan ditender di peringkat negeri,” katanya.

Ini memberi peluang kepada semua kontraktor dalam setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen terlibat dalam RTP.

 ??  ?? GUNAKAN SEBAIKNYA: Paulus (empat kiri) menyampaik­an geran MRP kepada salah seorang penerima di Limbang semalam.
GUNAKAN SEBAIKNYA: Paulus (empat kiri) menyampaik­an geran MRP kepada salah seorang penerima di Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia