Utusan Borneo (Sarawak)

Miri sokong Sarawak miliki penerbanga­n sendiri

Keputusan batal penerbanga­n Shezhen-Kuching bantut usaha majukan pelanconga­n Sarawak

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Jika Miri mahu kekal sebagai bandar raya peranginan yang rancak dengan industri pelanconga­n di samping Sarawak amnya, maka tiada pilihan lain bagi Sarawak kecuali memiliki syarikat penerbanga­n sendiri.

Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata, beliau dan warga Miri akan berdiri di belakang kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta optimis dengan hasratnya menubuhkan syarikat penerbanga­n Sarawak.

“Saya amat gembira dan optimistik terhadap pembanguna­n pelanconga­n Sarawak terutama pembanguna­n pelanconga­n di Miri, dengan pengumuman Abang Johari mengenai hasrat menubuhkan syarikat penerbanga­n milik Sarawak.

“Ini adalah hala tuju yang tepat untuk pembanguna­n

Saya amat gembira dan optimistik terhadap pembanguna­n pelanconga­n Sarawak terutama pembanguna­n pelanconga­n di Miri, dengan pengumuman Abang Johari mengenai hasrat menubuhkan syarikat penerbanga­n

” milik Sarawak.

pelanconga­n walaupun kita sedar menubuhkan syarikat penerbanga­n untuk kita sendiri (Sarawak) adalah sesuatu yang mencabar dan berisiko,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Adam yang juga ketua publisiti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), sebelum itu melahirkan rasa kecewa dengan keputusan AirAsia yang membatalka­n penerbanga­n terus antara Shezhen dan Kuching baru-baru ini, sekali gus menganggap langkah itu membantutk­an usaha Sarawak mahu mengembang­kan lagi industri pelanconga­nnya.

Walaupun sektor penerbanga­n tersebut dilaporkan mempunyai beban penumpang lebih 70 peratus, ditambah dengan insentif yang disediakan Kerajaan Sarawak, AirAsia tetap memilih untuk menghentik­an penerbanga­n terus itu.

“Tindakan ini menguatkan lagi keperluan Sarawak untuk memiliki syarikat penerbanga­n sendiri kerana kita tidak boleh bergantung selama-lamanya kepada belas ihsan syarikat penerbanga­n swasta yang lebih kepada pertimbang­an komersial jangka pendek.

“Situasi ini juga menunjukka­n kita (Sarawak) tidak boleh bergantung kepada orang lain untuk membantu kita tetapi kita perlu melakukann­ya sendiri,” ujarnya sambil menambah bahawa Sarawak perlu memastikan pasukan pengurusan yang kompeten untuk menguruska­n syarikat penerbanga­n itu kelak.

Beliau berkata, berbanding sebelum ini penubuhan sebuah syarikat penerbanga­n tidak lagi begitu ‘menggerunk­an’ kerana terdapat pelbagai jenis kapal terbang dengan kapasiti penumpang dan julat berbeza yang boleh disewa daripada syarikat pajakan pesawat dalam perniagaan.

“Pajakan ini kita boleh memilih sama ada untuk asas ‘ dry lease’ iaitu menyewa kapal terbang sahaja atau dasar pajakan ‘wet lease’ yang bermaksud menyewa kapal terbang bersama juruterban­g dan kru,” katanya.

Beliau memberitah­u, pajakan untuk kapal terbang akan memberi kelebihan, mengelakka­n pelaburan awal yang agak besar dan sebarang komitmen serta liabiliti jangka panjang.

“Bagi Miri, saya ingin melihat bahawa kita mempunyai penerbanga­n sambungan langsung ke Chengdu dan Chongqing di China, Seoul dan Busan di Korea, Tokyo dan Osaka di Jepun, Taipei di Taiwan, Pontianak di Kalimantan (untuk potensi perubatan dan pendidikan) serta Sydney dan Melbourne di Australia,” ujarnya.

Sehubungan itu Adam yakin, semua rakyat di Miri akan bersama- sama beliau menyokong inisiatif Ketua Menteri yang mahu Sarawak mempunyai syarikat penerbanga­nnya sendiri.

“Kami menantikan realisasin­ya dalam masa terdekat dan saya berharap semua rakyat di Miri dan negeri ini amnya berdiri di belakang pemimpin kita untuk impian yang besar ini demi membangunk­an ekonomi dan negeri ini,” tambah beliau.

Adam Yii Datuk Bandar Miri

 ??  ?? TIDAK DILUPAKAN: Mohd Bukhori (barisan kedua, tujuh kiri), Asiah dan anggotanya bersama balu-balu polis dan anak-anak PDK Limbang semalam.
TIDAK DILUPAKAN: Mohd Bukhori (barisan kedua, tujuh kiri), Asiah dan anggotanya bersama balu-balu polis dan anak-anak PDK Limbang semalam.
 ??  ?? ADAM
ADAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia