Utusan Borneo (Sarawak)

Bekalan diesel kepada 21 SBK di pedalaman Sarawak diteruskan

-

Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan bahawa bekalan diesel kepada 21 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) di pedalaman Sarawak akan diteruskan.

Pihaknya pada Mac tahun lepas telah melakukan semakan semula kontrak yang telah dibua bagi menentusah­kan sekolahsek­olah yang layak mendapatka­n bekalan tersebut menggunaka­n peruntukan kerajaan.

“Sebanyak 21 daripada 369 sekolah tersebut merupakan SBK. Bagaimanap­un, KPM memutuskan untuk meneruskan pembelian diesel bagi 21 sekolah tersebut menggunaka­n sepenuhnya peruntukan sedia ada sehingga Mac 2019,” kata jurucakap KPM menerusi kenyataan akhbarnya semalam.

Ia berikutan 21 sekolah tersebut terletak di kawasan pedalaman Sarawak yang tidak mendapat bekalan elektrik awam daripada talian grid.

Justeru, bagi memastikan operasi sekolah tidak terjejas KPM akan memastikan bekalan diesel ke sekolah-sekolah terlibat tetap diteruskan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia