Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Padawan lokasi perasmian Program Jom Ke Sekolah Peringkat Negeri

-

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padawan dipilih sebagai lokasi perasmian Program Jom Ke Sekolah Peringkat Negeri.

Program yang berlangsun­g kelmarin itu dan serentak di seluruh negara diadakan dengan kerjasama antara Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis itu dihadiri Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Sarawak ACP Ibrahim Nai Hat dan Pengarah Pendidikan Sarawak Dr Azhar Ahmad.

“Program ini merupakan hasil kolaborati­f antara PDRM bersama Kementeria­n Pendidikan melalui Pegawai Perhubunga­n Sekolah (PPS) dalam usaha memastikan sekolah sebagai kawasan selamat, bebas dadah dan jenayah.

“Selain itu memastikan modal insan negara pada masa akan datang selain berilmu akan mempunyai sahsiah dan akhlak yang terpuji,” kata Ibrahim.

Program yang bermula seawal jam 6.30 pagi itu diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya persembaha­n aksi ragut dan tangkapan, pameran oleh Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik.

Turut dipamerkan sebuah kereta MPV dan tiga motosikal URB (Unit Ronda Bermotosik­al) IPD Padawan sebagai pendedahan kepada pelajar SMK Padawan.

Beliau berkata bagi IPD Padawan sebanyak 15 sekolah menengah dan 60 sekolah rendah di daerah kecil Padawan dipilih menyertai Program Jom Ke Sekolah 2019.

Hadir sama Pengetua SMK Padawan Roger Peter, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Padawan Helen Sudid, DSP Rowney Michael Jalak ( Koordinasi JPJKK, Sarawak), Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Daerah Padawan ASP Abdul Wadi Abdul Rani, PPS SMK Padawan ASP Kenny Charles Juta dan Penolong PPS SMK Padawan Inspektor Shahrul Hafizy Ghazali.

 ??  ?? SIMBOLIK: Ibrahim (kanan) dan Azhar (tiga kiri) melancarka­n Papan Kenyataan PPS sebagai simbolik perasmian Program Jom Ke Sekolah Peringkat Negeri Sarawak.
SIMBOLIK: Ibrahim (kanan) dan Azhar (tiga kiri) melancarka­n Papan Kenyataan PPS sebagai simbolik perasmian Program Jom Ke Sekolah Peringkat Negeri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia