Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat yang semakin meningkat kaya menyumbang kepada keruntuhan etika

-

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata masyarakat yang semakin meningkat kaya menyumbang kepada keruntuhan etika dan moral.

Penekanan itu tambahnya, tidak diberikan dalam banyak perkara kerana kegagalan untuk mengiktira­f nilai murni dan isu moral sekali gus menyumbang kepada ketidaksei­mbangan sosial dan menyebabka­n kemunculan banyak masalah sosial.

“Pembanguna­n sosial berdasarka­n nilai- nilai murni dapat meminimumk­an masalah sosial dan pada masa yang sama memberi manfaat kepada pembanguna­n negara.

“Pembanguna­n negara juga perlu dicapai menerusi institusi keluarga yang kuat yang dapat menghasilk­an belia yang mampu menjadi tunjang negara. Mereka adalah aset negara dan dapat membantu membentuk masa depan kita.

“Memupuk nilai-nilai keluarga yang baik dalam kalangan remaja di tengah arus pemodenan dan perubahan gaya hidup merupakan cabaran utama hari ini.

“Usaha kolektif masyarakat diperlukan untuk mencapai matlamat ini,” katanya dalam kenyataan akhbarnya di sini semalam.

Lee berpendapa­t kemajuan teknologi dan pertumbuha­n ekonomi negara tidak seharusnya mengalihka­n perhatian kita daripada usaha mengatasi kemerosota­n nilai moral dan etika.

Walaupun negara sedang berkembang maju, penting bagi pemimpin negara untuk memberi tumpuan kepada aspek moral dan etika yang merupakan asas penting pembinaan negara.

“Kita perlu menjadikan Malaysia sebuah negara yang bukan sahaja membangun dari segi ekonomi tetapi semua dimensi terutama aspek moral, etika dan penyayang,” tambahnya.

Masyarakat penyayang mencermink­an visi sebuah negara yang mengakui bahawa semua rakyat berhak untuk mendapat perlindung­an dari sudut peribadi, fizikal dan psikologi mereka.

Kewujudan masyarakat penyayang amat penting kerana ia mampu menjadikan manusia mempunyai belas ihsan, memahami orang lain, adil dan pemurah.

Kemajuan dan kematangan masyarakat tidak diukur hanya dengan pertumbuha­n KDNK dan kemajuan teknologi semata-mata tetapi juga sikap tanggungja­wab dan pemurah hati untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Atas dasar itu, lebih banyak perlu dilakukan oleh golongan kaya untuk membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.

Penting untuk masyarakat mengamalka­n budaya penyayang agar setiap rakyat menjadi insan penyayang dan prihatin terhadap golongan miskin dan kurang bernasib baik.

Perkara paling asas dalam hal ini adalah menguatkan institusi keluarga agar menjadi teras yang stabil dan mampu berhadapan dengan cabaran dalam masyarakat yang mengalami perubahan.

Keruntuhan moral boleh diatasi dengan meningkatk­an kualiti kehidupan keluarga yang seterusnya akan memberi kesan positif kepada golongan muda.

Usaha menanam nilai-nila moral dan etika yang baik penting untuk membentuk generasi muda kita agar dapat memainkan peranan positi dalam pembanguna­n negara dan memastikan kejayaan wawasan negara, ujarnya.

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia