Bomba bantu hantar warga emas sakit ke hospital
Seorang wanita warga emas terlantar sakit terpaksa dibawa ke Hospital Limbang dengan bantuan anggota bomba untuk mendapatkan rawatan pagi kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang Tawang Lingem berkata, keluarga mangsa menghubungi pihaknya untuk bantuan jam 9.19 pagi di Kampung Sembiling, 14 kilometer dari balai.
“Anggota tiba di rumah terbabit mendapati seorang wanita warga emas berusia 80-an memerlukan rawatan terlantar atas katil.
“Anggota kami mengangkat mangsa ke kenderaan Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) dan menyerahkan mangsa kepada hospital untuk tindakan lanjut,” katanya di sini semalam.
Beliau berkata, operasi mengambil masa lapan minit disertai tiga anggota membabitkan sebuah kenderaan EMRS.