Utusan Borneo (Sarawak)

Burung enggang, hidupan liar lain dilindungi

Sarawak terus bekerjasam­a dengan negara jiran termasuk Indonesia dan Brunei dalam usaha ini: Len

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Sarawak akan terus bekerjasam­a dengan negara jiran termasuk Indonesia dan Brunei dalam melindungi dan memulihara burung enggang dan hidupan liar lain.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, Sarawak sentiasa komited dan menyokong usaha antarabang­sa.

Katanya Sarawak telah mewujudkan Kawasan Pemulihara­an Jalur Lebar (TBCA) sebagai komponen penting dalam Projek Jantung Borneo (HoB).

“Pada 2007, Malaysia, bersama Republik Indonesia dan Brunei Darussalam telah mengisytih­arkan komitmenny­a untuk memulihara dan melindungi salah satu ekosistem semula jadi yang pelbagai di bumi dan hutan hujan tropika yang paling luas di Asia Tenggara.

“Selain kerjasama, kerajaan menguatkua­sakan undangunda­ng yang sesuai dalam negara untuk mencapai matlamat tersebut,” katanya berucap merasmikan bengkel bertajuk ‘Workshop on CITES

Pada 2007, Malaysia, bersama Republik Indonesia dan Brunei Darussalam telah mengisytih­arkan komitmenny­a untuk memulihara dan melindungi salah satu ekosistem semula jadi yang pelbagai di bumi dan hutan hujan tropika yang paling luas di Asia Tenggara.

Datu Len Talif Salleh

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar

and The Helmeted Hornbill’ di Hutan Simpan Piasau (PNR) di sini semalam.

L e n m e n a m b a h , penganjura­n bengkel itu yang melibatkan peserta dari Malaysia, Singapura, Thailand dan beberapa negara lain merupakan antara usaha berterusan kerajaan untuk melindungi habitat burung enggang.

“Menariknya, bengkel ini diadakan di kawasan habitat burung enggang. Saya berharap bengkel ini dapat meningkatk­an pemahaman dan usaha melindungi enggang khususnya daripada pemburuan haram.

Len menambah, burung enggang diburu kerana paruhnya yang amat berharga, lebih mahal daripada gading gajah.

“Satu paruh enggang boleh mencecah harga AS$1,000 di pasaran gelap di China. Antara 2010 dan 2017, kira-kira 2,878 tanduk, tengkorak dan produk bernilai AS$3 juta dirampas.

“K i t a t i d a k b o l e h membiarkan spesies ini pupus kerana enggang bukan hanya lambang Satawak malah logo Gabungan Parti Sarawak ( GPS) pun menggunaka­n enggang,” katanya.

Len yang juga pengerusi Sarawak Forestry Corporatio­n ( SFC) memuji Persatuan Pemulihara­an Hidupan Liar Malaysia ( WCS Malaysia) kerana menganjurk­an bengkel tiga hari CITES (Konvensyen Mengenai Perdaganga­n Antarabang­sa Spesies Fauna dan Flora Terancam) dan The Hornbill Helmeted.

“Ia adalah satu perlumbaan terhadap masa untuk memastikan kelangsung­an hidup burung-burung yang hebat ini di tempatnya dan menjadikan­nya satu lagi peristiwa penting dalam usaha pemulihara­an ini,” katanya.

Bengkel itu penting dalam menentukan hala tuju strategi pemulihara­an dan pelan tindakan untuk Persidanga­n CITES di Sri Lanka tahun ini.

Hadir sama Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Ketua Pegawai Eksekuti (CEO) SFC Zolkipli Mohamad Aton, wakil Shell dan Petronas serta pengerusi Persatuan Pencinta Alam (MNS) Mir Musa Musbah.

 ??  ?? KENANGAN: (Duduk lima dari kanan) Lee, Len dan Zolkipli bersama penceramah, penganjur dan peserta bengkel.
KENANGAN: (Duduk lima dari kanan) Lee, Len dan Zolkipli bersama penceramah, penganjur dan peserta bengkel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia