Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita disaran sertai kursus, kelas kemahiran

-

Golongan wanita khususnya suri rumah disaran menyertai kursus atau kelas kemahiran yang bukan sahaja meningkatk­an pengetahua­n bahkan menjana pendapatan mereka.

Ahli parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata antaranya wanita boleh menyertai kursus seperti masakan dan membuat kuih-muih.

“Pelbagai ilmu dapat dimanfaatk­an daripada kursus seperti ini, di mana hasilnya boleh diguna pakai dalam kehidupan harian seterusnya dijadikan sumber untuk menjana pendapatan.

“Mereka juga tidak perlu menyewa premis perniagaan kerana boleh melakukan aktiviti seperti memasak atau membuat kuih muih dari rumah sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Membuat Pau dan Piza anjuran Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak ( PPWS) Cawangan Hulu Beladin yang diadakan di Dewan Masyarakat Kampung Beladin, baru-baru ini.

Tambah Rohani, malahan wanita berkenaan boleh mempromosi­kan serta menjual kuih atau masakan mereka hanya melalui media sosial seperti kebanyakan yang dilakukan usahawan ketika ini.

Beliau berkata, suri rumah kini boleh menjana pendapatan hanya dari rumah tanpa perlu meninggalk­an anak-anak yang masih memerlukan perhatian penuh daripada ibu mereka.

“Selain kursus masakan, suri rumah juga boleh menyertai kursus-kursus seperti urutan, kecantikan, andaman, jahitan dan lain-lain,” ujarnya.

Menurut Rohani, pelbagai bidang boleh diceburi golongan suri rumah untuk membantu meningkatk­an ekonomi keluarga.

Seramai 100 wanita dari kawasan Beladin yang menyertai kursus yang diadakan selama sehari itu.

 ??  ?? KURSUS:Rohani (kanan) menyaksika­n para peserta melakukan demonstras­i membuat pau dan piza semasa kursus.
KURSUS:Rohani (kanan) menyaksika­n para peserta melakukan demonstras­i membuat pau dan piza semasa kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia