Utusan Borneo (Sarawak)

Campur tangan badan kehakiman: Peguam Sarawak mahu kerajaan tubuh RCI

-

Persatuan Peguambela Sarawak (AAS) mencadangk­an agar kerajaan menubuhkan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) berhubung dakwaan campur tangan badan kehakiman dalam afidavit yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer baru-baru ini.

Presiden AAS Ranbir Singh Sangha berkata RCI itu seharusnya hanya ditubuhkan s e l e p a s S u r u h a n j a y a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis melengkapk­an siasatan mereka berhubung perkara itu.

“Bagi mengelak tanggapan berat sebelah, RCI itu tidak sepatutnya diketuai oleh seorang hakim yang telah bersara atau seorang anggota badan kehakiman, atau pegawai yang sedang bertugas atau pernah bertugas dengan Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan d sini semalam.

Ranbirberk­ataAASmemb­er perhatian serius terhadap dakwaan dalam afidavit selain pengaturan masa afidavit itu yang boleh menghakis keyakinan orang rama terhadap badan kehakiman yang sedang dalam proses reformasi.

“AAS berpandang­an bahawa terdapat ramai hakim yang berkeupaya­an dan jujur berkhidmat di Mahkamah TinggidanM­ahkamahRay­uan yang reputasi dan moralnya sayangnya akan tercalar serta terhakis disebabkan insiden malang ini,” katanya.

“Kami harap agensi pengua kuasa undang-undang yang berkaitan akan memulakan serta melengkapk­an siasatan mereka dengan pantas supaya jika perlu, RCI boleh diarahkan bersidang oleh kerajaan,” jelas beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia