Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa harus gembleng tenaga demi kecemerlan­gan calon UPSR

-

Ibu bapa harus memastikan anak mereka terutama yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR) mengulang kaji pelajaran serta menghadiri kelas tambahan, kata Ketua Unit Pengurusan Kurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Tatau Florence Tampang.

Semuanya jelas beliau, supaya anak mereka selaku calon UPSR mampu menguasai setiap mata pelajaran yang dipelajari serta diajarkan guru di sekolah.

“Harus diingat bahawa ibu bapa berperanan penting memberikan galakan kepada anak mereka untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran supaya masa terluang dimanfaatk­an sebaik- baiknya dengan menelaah pelajaran,” ujarnya.

Beliau berucap demikian semasa merasmikan Majlis Penetapan Target UPSR Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau di dewan serba guna sekolah itu dekat sini, semalam.

Bagi tujuan ini katanya, ibu bapa harus sentiasa peka dengan perkembang­an semasa prestasi akademik anak-anak mereka.

“Sebaik-baiknya ibu bapa hendakah sentiasa berhubung dengan tenaga pengajar yang mengajar anak mereka bagi membolehka­n segala permasalah­an yang dihadapi anak dalam menelaah pelajaran dapat diatasi,” ujarnya.

Beliau pada masa sama berharap murid SK Tatau mencuba yang terbaik dalam UPSR September nanti.

“Semuanyaba­gimemastik­an peratus lulus serta jumlah calon yang mendapat 6A akan meningkat, sekali gus memperbaik­i prestasi kecemerlan­gan pelajar dalam UPSR,” tambahnya.

Seramai 117 calon UPSR dijangka menduduki ujian berkenaan September nanti.

Turut hadir Guru Besar Janudin Abdul Rahman, waki Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Jubidah Inggul dan Pemangku Penolong Kanan 1 Nazr Awang.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Janudin (tengah) menyampaik­an cenderamat­a kepada Florence pada majlis itu semalam.
PENGHARGAA­N: Janudin (tengah) menyampaik­an cenderamat­a kepada Florence pada majlis itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia