Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat bertanggun­gjawab pelihara khazanah alam sekitar

Rakyat mestilah turut sama membudayak­an sikap dalam aspek penjagaan alam sekitar: Sultan Abdullah

-

KUALA LUMPUR: Dalam meniti arus pemodenan dan pembanguna­n pesat negara, Yang di- Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah bertitah seluruh rakyat Malaysia mestilah bertanggun­gjawab memelihara khazanah alam sekitar.

Sebagai khalifah yang berperanan untuk memelihara persekitar­an di bumi ini, Seri Paduka bertitah tugas itu bukan hanya digalas oleh kerajaan semata-mata tetapi rakyat jelata mestilah turut sama membudayak­an sikap dalam aspek penjagaan alam sekitar.

“Mutakhir ini, wujud pelbagai pencemaran dan kerosakan kepada alam sekitar akibat daripada sikap serta kelemahan manusia sendiri. Kita sering kali terlupa bahawa alam sekitar adalah komponen utama yang diperlukan bagi kehidupan yang selesa.

“Maka, saya ingin mengajak setiap lapisan masyarakat tanpa mengira darjat mahupun bangsa dan agama untuk bersatu padu di dalam melestari serta menjaga alam sekitar,” titah Sultan Abdullah pada istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutua­n ( DKBPWP) kepada 200 penerima sempena sambutan Hari Wilayah Persekutua­n 2019 di Istana Negara, semalam.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Almarhum Sultan Iskandar mengiringi keberangka­tan Seri Paduka pada majlis yang diadakan di Balairung Seri. Turut hadir, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Menyifatka­n sambutan Hari Wilayah Persekutua­n ke-15 membawa pengertian besar, sementelah­an ia yang pertama buat Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berangkat hadir setelah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan lepas, Seri Paduka melahirkan rasa bangga dengan kepesatan Wilayah Persekutua­n.

T i t a h b a g i n d a , bermula daripada sebuah perkampung­an bijih timah yang diterokai sekitar kurun ke-19, Kuala Lumpur kini sebuah ibu kota metropolit­an yang pesat membangun manakala Putrajaya menjadi nadi pentadbira­n moden negara dan Labuan dikenali sebagai pusat kewangan di luar pesisir antarabang­sa.

“Saya amat bersyukur melihat komitmen berterusan kerajaan membangunk­an Wilayah Persekutua­n menerusi

Mutakhir ini, wujud pelbagai pencemaran dan kerosakan kepada alam sekitar akibat daripada sikap serta kelemahan manusia sendiri. Kita sering kali terlupa bahawa alam sekitar adalah komponen utama yang diperlukan bagi kehidupan yang selesa.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Yang di-Pertuan Agong

strategi pertumbuha­n ekonomi yang mampan di samping membela nasib rakyat di Wilayah Persekutua­n.

“Semoga Kementeria­n Wilayah Persekutua­n dan kerajaan saya di bawah p i m p i n a n M e m a n d a Perdana Menteri yang luas pengalaman, akan terus memacu peningkata­n taraf sosioekono­mi rakyat dan melonjakka­n nama Wilayah Persekutua­n di pelosok dunia,” titah Sultan Abdullah.

Sultan Abdullah melahirkan rasa bangga dengan sembah makluman kejayaan projek ‘ River of Life’ ( ROL) yang diiktiraf sebagai satu daripada ‘ World’s Top 10 Waterfront Districts’ dan projek Taman Tugu, satu inisiatif yang membanggak­an dalam memelihara khazanah warisan alam.

Selain kesepaduan rakyat memulihara alam sekitar, Yang di- Pertuan Agong bertitah perpaduan rakyat pelbagai kaum dan agama hendaklah menjadi asas kehidupan bermasyara­kat di negara ini dan dalam mendepani harihari mendatang.

Menitahkan rakyat jelata agar bersepakat dan mengelak pertelingk­ahan, sentiasa hormat- menghormat­i serta menyantuni antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa, Seri Paduka menegaskan:

“Mana mungkin sebuah kapal boleh dikemudi jika awak-awak tidak bersepakat di bawah pimpinan nakhoda. Jika berterusan, lambat laun kapal tersebut akan tenggelam dipukul ombak. Begitu juga dengan hidup bermasyara­kat di dalam sebuah negara. Ini kerana kesepakata­n dan perpaduan adalah kunci kepada kejayaan, kemakmuran dan kesejahter­aan negara”.

Memetik sirah Rasulullah yang meletakkan perpaduan sebagai asas utama dalam membentuk negara dan sentiasa menyantuni umat tanpa mengira bangsa dan darjat, perlu dijadikan iktibar, Sultan Abdullah melahirkan keyakinan Malaysia akan mengukir kejayaan lebih cemerlang apabila berupaya melintasi jurang perbezaan dan membentuk perpaduan jitu.

Sultan Abdullah turut mengingatk­an penerima darjah kebesaran supaya menjaga maruah, integriti dan nama baik diri bagi mengekalka­n kemuliaan dan martabat anugerah yang diterima.

Pada tahun ini, seorang individu dianugerah­kan Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri dan 27 individu dianugerah­kan Panglima Mahkota Wilayah ( PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Selain itu, 36 individu dianugerah­kan Johan Mahkota Wilayah (JMW), 32 individu menerima anugerah Kesatria Mahkota Wilayah, 36 individu menerima anugerah Ahl Mahkota Wilayah (AMW) dan 68 individu menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERTITAH: Yang di-Pertuan Agong bertitah pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutua­n di Istana Negara semalam.
— Gambar Bernama BERTITAH: Yang di-Pertuan Agong bertitah pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutua­n di Istana Negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia