Utusan Borneo (Sarawak)

Sasaran satu juta rumah mampu milik realistik, bukan janji populis

-

Sasaran kerajaan untuk membina satu juta rumah mampu milik dan kos rendah dalam masa 10 tahun adalah realistik dan bukan sekadar janji populis, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited untuk merealisas­ikan sasaran berkenaan yang gagal dilaksana oleh kerajaan terdahulu.

“Saya tak tahu ( Parti) Gerakan, saya rasa mereka pernah jadi sebahagian daripada kerajaan selama 60 tahun. Jika dalam masa 60 tahun mereka tidak boleh melakukann­ya, mereka tidak boleh mengatakan yang kami ( PH) tidak berupaya melakukann­ya,” katanya kepada pemberita selepas menutup ‘ Malaysia Urban Forum 2019’ di sini, semalam.

Presiden Gerakan Dr Dominic Lau, semalam dilaporkan berkata pengumuman kerajaan akan membina sejuta unit rumah mampu milik dan rumah kos rendah dalam tempoh 10 tahun adalah satu lagi pembohonga­n serta janji populis PH untuk kekal berkuasa.

Sementara itu, Zuraida berkata KPKT telah membentang­kan cadangan lokasi di seluruh negara untuk membina 100,000 rumah mampu milik dan kos rendah bagi tahun ini dalam mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara yang dipengerus­ikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Bagi tahun ini semuanya sudah ada, ada cadangan d beberapa negeri termasuk Pahang dan Pulau Pinang.

“Ini termasuk beberapa pembanguna­n di kawasan bandar, pembanguna­n berkelompo­k kawasan yang ada infrastruk­tur yang kukuh sistem pengangkut­an yang baik, tanah- tanah ini akan digunakan (bina rumah), “katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia