Utusan Borneo (Sarawak)

TM perlu lebih prihatin berhubung layanan terhadap pelanggan

-

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo mahu Telekom Malaysia (TM) agar lebih prihatin berhubung layanan terhadap pelanggann­ya.

Mengulas aduan seorang pelanggan yang disiarkan sebuah portal berita, Gobind Singh berkata ia bukan aduan pertama berkenaan layanan yang diterima oleh pelanggan TM.

“Tindakan perlu diambil untuk pastikan kejadian sebegini tidak berulang lagi dan supaya imej mereka tidak terjejas,“katanya dalam catatan dalam laman Twitternya, semalam.

Menerusi satu segmen di portal itu, seorang wanita mengadu mengenai kesukaran yang terpaksa ditempuhi bapanya ketika berurusan dengan pihak TM untuk menamatkan langganan talian tetap TM.

Bapanya yang berusia 89 tahun dan berkerusi roda terpaksa dibawa ke pusat TMPoint untuk urusan itu kerana perlu mengikuti polisi TM yang tidak membenarka­n individu lain meskipun anak sendiri menjadi wakil.

Tambah membebanka­n, bapanya yang juga pelanggan tetap TM sejak 50 tahun lepas turut diminta pergi ke pusat TMPoint lain kerana kakitangan di situ mendakwa mereka tidak boleh menamatkan langganan itu, menyebabka­n pengadu terpaksa membawa pulang bapanya yang telah mengalami keletihan.

Merujuk aduan itu, TM dalam segmen sama hari ini telah memohon maaf kepada pengadu dan menjelaska­n telah menghubung­i pelanggan berkenaan bagi menyelesai­kan isu itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia