Utusan Borneo (Sarawak)

Pasangan remaja Orang Asli peluk Islam sebelum berkahwin

-

Dua pasangan remaja Orang Asli yang bakal mendirikan rumah tangga memeluk Islam pada Program Seperlu Bersama Orang Asli di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, di sini semalam.

Remaja berumur antara 19 hingga 23 tahun itu mengucapka­n dua kalimah syahadah di hadapan Anggota Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Paloh Amran Ariffin.

Ayub Raju, 23, berkata dia amat teruja memeluk agama Islam dan merasai ketenangan di hati selepas mengucap dua kalimah syahadah dengan harapan mendapat rahmat daripada Allah.

Dia mengakui niat untuk memeluk Islam sudah lama terpendam dan kebetulan ada program itu dia membuat keputusan untuk bersyahada­h di hadapan wakil rakyat dengan disaksikan penduduk setempat yang hadir pada program Seperlu itu.

“Saya bersama pasangan akan mendiri rumah tangga dalam masa terdekat ini dan bersyukur hasrat saya untuk memeluk agama Islam berjalan lancar,” katanya ketika ditemui selepas program berkenaan.

Ayub berkata, rakanrakan­nya sudah lama memeluk Islam dan melihat mereka bahagia bersama isteri selepas berumah tangga kerana keberkatan daripada Allah dan menerima petunjukNy­a di dunia dan akhirat.

Katanya, beliau juga sudah menerima restu ibu bapa tunangnya Rozi Long Seman dan sebelum memulakan hidup baharu sebagai suami isteri, dia akan mendalami ajaran Islam terlebih dahulu terutama belajar solat dan membaca al-Quran.

Rozi, 22, pula berkata, keputusan memeluk Islam mendapat restu ibu bapanya walaupun mereka berdua bukan Islam.

Katanya, dia juga sebelum ini berkawan dengan rakan-rakan yang beragama Islam dan sudah tahu selok belok agama itu termasuk perkara halal dan haram dalam kehidupan harian.

“Saya bersyukur kerana dapat memeluk agama Islam semoga terus mendapat rahmat daripada Allah sehingga ke anak cucu,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SAUDARA BAHARU: Amran (tengah) bersama remaja Ayub yang memeluk Islam pada Program Seperlu Bersama Orang Asli di PDM Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir semalam.
— Gambar Bernama SAUDARA BAHARU: Amran (tengah) bersama remaja Ayub yang memeluk Islam pada Program Seperlu Bersama Orang Asli di PDM Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia