Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqiya­h dikategori ‘bencana ramai mangsa’

Ramai mangsa terkorban dalam tragedi menyayat hati itu: Pakar perubatan forensik

-

KUALA LUMPUR: Tragedi kebakaran tragis Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, yang meragut nyawa 23 penghuniny­a, termasuk dua guru, dua tahun lalu dikategori­kan sebagai Bencana Ramai Mangsa, menurut seorang pakar perubatan forensik.

Pakar Perubatan Forensik Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siti Wira Md Yaro berkata ia berikutan terdapat ramai mangsa yang terkorban dalam tragedi menyayat hati itu.

Saksi pendakwaan ke- 53 itu berkata dalam pengurusan Bencana Ramai Mangsa, proses penting yang perlu dijalankan adalah Identifika­si Mangsa Bencana (DVI), yang merupakan satu proses untuk mengenal pasti dan mengesahka­n identiti mangsa yang terlibat dalam sesuatu bencana.

“Dalam proses DVI, ia melibatkan empat fasa iaitu fasa tempat kejadian, fasa ‘post- mortem’, fasa antemortem dan fasa rekonsilia­si,” katanya ketika pemeriksaa­n utama oleh Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah pada perbicaraa­n kes itu di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah, di sini, semalam.

Dr Siti Wira berkata dalam proses itu beliau telah mengambil 18 spesimen darah daripada 18 waris mangsa yang terlibat antara jam 11 pagi dan 8.35 malam, 14 Sept 2017, iaitu pada hari kejadian.

Katanya beliau bersama dua Pegawai Perubatan Forensik HKL iaitu Dr Nurhidayah Mohd Yatim dan Dr Ahmad Dzulkefly ditugaskan untuk melakukan fasa antemortem dan mereka telah menemui semua waris mangsa yang terlibat bagi mendapatka­n maklumat mengenai mangsa ketika mereka masih hidup.

“Kami menemui waris untuk mendapatka­n ciri- ciri fizikal mangsa, barangan peribadi, sebarang kecacatan serta rekod perubatan atau rekod pergigian mangsa terlibat,” katanya.

Dr Nurhidayah, saksi pendakwaan ke-54 pula memberitah­u beliau telah mengambil satu spesimen darah waris manakala Dr Ahmad, saksi pendakwaan ke-55, mengambil 17 spesimen darah waris.

Turut dibawa pada prosiding semalam ialah spesimen darah waris mangsa yang telah diambil dan ketiga-tiga pegawai forensik itu membuat pengecaman.

Dua remaja lelaki yang ketika kejadian berumur 16 tahun didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabka­n kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini antara jam 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 September 2017.

Kedua-dua tertuduh yang kini berumur 18 tahun masingmasi­ng menghadapi 23 pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Kami menemui waris untuk mendapatka­n ciri-ciri fizikal mangsa, barangan peribadi, sebarang kecacatan serta rekod perubatan atau rekod

” pergigian mangsa terlibat.

Dr Siti Wira Md Yaro

Pakar Perubatan Forensik Jabatan Perubatan Forensik HKL

dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanap­un tertuduh di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati di bawah Seksyen 97(1) Akta Kanak- kanak 2001, namun boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenan­kan oleh Yang diPertuan Agong.

Seksyen 97(1) Akta Kanakkanak 2001 menyatakan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak- kanak bawah umur 18 tahun namun mahkamah boleh menjatuhka­n hukuman penjara selama mana diperkenan­kan Yang di-Pertuan Agong dan mengikut Seksyen 94 akta sama juga mempunyai kuasa untuk memerintah­kan supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan.

Pada prosiding semalam kedua-dua tertuduh diwakili peguam Haijan Omar. Perbicaraa­n di hadapan Hakim Azman bersambung hari ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia