Utusan Borneo (Sarawak)

Suapan projek RM3 juta: Bekas CEO syarikat kerajaan negeri Melaka direman

-

Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikat kerajaan negeri Melaka, bekas timbalanny­a dan pemilik syarikat pembuatan bot direman lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes suapan dipercayai melibatkan projek bernilai RM3 juta, sejak 2016.

Perintah tahanan reman terhadap tiga lelaki masingmasi­ng berusia 55, 36, dan 49 tahun itu dikeluarka­n Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Melaka Teoh Shu Yee, manakala kes disiasat di bawah Sekyen 17 (A) Akta Suruhanjay­a Pencegaran Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu semua individu itu tiba kira-kira jam 10 pagi di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh di sini berpakaian baju-T lokap SPRM berwarna jingga dengan diiringi pegawai suruhanjay­a itu sebelum beredar sejam kemudian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia