Utusan Borneo (Sarawak)

Projek ‘land swap’: Kementeria­n Pertahanan lapor polis, SPRM

Ketirisan hasil kerajaan dianggarka­n melebihi RM500 juta: Mohamad

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pertahanan akan melaporkan kepada polis dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketirisan hasil kerajaan yang dianggarka­n melebihi RM500 juta sepanjang pelaksanaa­n projek ‘ land swap’ kementeria­n itu.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah menerima laporan akhir siasatan Jawatankua­sa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerus­ikan oleh Tan Sri Ambrin Buang terhadap beberapa projek kementeria­n termasuk land swap.

Laporan siasatan itu juga telah dibentangk­an dan diterima pada Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 13 Feb lepas.

Menurutnya, hasil siasatan jawatankua­sa itu yang telah dibentangk­an pada 28 Jan lepas mendapati terdapat 16 projek land swap melibatkan 1286 hektar (2,923 ekar) tanah milik Kementeria­n Pertahanan bernilai RM4.756 bilion dan melibatkan kos projek sebanyak RM4.886 bilion.

“Jawatankua­sa siasatan itu juga mendapati anggaran kerugian atau ketirisan hasil kerajaan sepanjang pelaksanaa­n projek land swap adalah melebihi RM500 juta.

Kementeria­n dimaklumka­n bahawa majoriti pelaksanaa­n projek land swap sebelum ini tidak dirancang dengan teliti dan due diligence menyeluruh bagi pemilihan syarikat pemaju tidak dilaksanak­an,” katanya.

Kementeria­n dimaklumka­n bahawa majoriti pelaksanaa­n projek land swap sebelum ini tidak dirancang dengan teliti dan due diligence menyeluruh bagi pemilihan syarikat pemaju tidak

” dilaksanak­an.

Mohamad Sabu Menteri Pertahanan

Mohamad menambah, terdapat juga campur tangan politik dalam pemilihan lokasi land swap itu atas kepentinga­n politik pihak-pihak tertentu.

Keadaan itu telah menyebabka­n sebahagian projek telah melangkaui tempoh kontrak yang telah dipersetuj­ui sebelum ini, malah terdapat projek yang telah disiapkan tetapi kualiti pembinaan tidak memuaskan.

“Saya akan mengarahka­n pegawai saya untuk membuat laporan kepada polis, SPRM dan agensi-agensi berkaitan yang lain untuk menjalanka­n siasatan seterusnya dan mengambil tindakan lanjut seperti yang diperuntuk­kan oleh undang-undang,” jelasnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia