Utusan Borneo (Sarawak)

11 NGO gesa pihak berkuasa siasat tindakan hina Nabi

-

Sebelas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam membuat satu laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat seorang pemilik akaun Facebook (FB) yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W dan isteri baginda Saidatina Aishah.

NGO berkenaan antaranya ialah Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Gabungan Ayahanda Selangor (GEGAS), Amanah Rasah Cekal (ARC) dan Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (DESMA).

Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata tindakan individu yang menghina itu menggugat keharmonia­n dan keamanan umat Islam di negara ini.

Ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, semalam, Presiden MJMM Abdul Rani Kulop Abdullah pula berkata tindakan segera perlu diambil bagi mengelakka­n ketegangan antara agama.

“Gejala ini perlu ditangani segera agar tidak berleluasa selain mengelak timbul sikap kebencian sesama kaum,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia