Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dipercayai pukul kanak-kanak diambil keterangan

-

Polis semalam mengambil keterangan seorang lelaki yang dipercayai memukul seorang kanakkanak di kawasan Rumah Kanak-Kanak, Jalan Stesen Hulu di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Supt Razlam Ab Hamid berkata ini berikutan seorang pengadu telah membuat laporan polis pada jam 8.30 malam kelmarin setelah melihat video kejadian itu di laman Facebook milik Megeswaran Thendayuth­apany.

Beliau berkata, pengadu tidak berpuas hati dengan perbuatan suspek yang tidak sepatutnya berlaku dan meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Video tersebut memaparkan seorang lelaki memukul bahagian tengkuk seorang budak lelaki yang dipercayai menginap di rumah kanak-kanak itu dengan menggunaka­n tangan beberapa kali kerana kanak-kanak itu dipercayai melekatkan gula-gula getah di keretanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia