Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan tiga lelaki pasang peranti penggodam di ATM

-

Polis menahan tiga lelaki tempatan selepas dipercayai memasang alat peranti penggodam di sebuah mesin pengeluara­n automatik (ATM) di Jalan Changkat Bukit Bintang di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddi­n Abdullah berkata mereka yang berumur 30, 33 dan 48 tahun itu ditahan di sebuah kedai serbaneka 24 jam berdekatan mesin ATM terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, lima anggota unit rondaan bermotosik­al (URB) Balai Polis Tun HS Lee membuat pemeriksaa­n di sebuah mesin ATM dan mendapati terdapat alat mencurigak­an di atas ruangan ‘keypad’ (papan kekunci) dan ruangan untuk memasukkan kad.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati peranti itu merupakan satu unit komponen pengimbas kad kredit atau debit yang dilekatkan pada ruangan masuk kad,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia