Utusan Borneo (Sarawak)

KDN cadang elaun pegawai dan anggota RELA naik RM2 sejam

KDN akan cuba usahakan kenaikan elaun dilaksanak­an tahun ini

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) sudah mengemukak­an cadangan kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam bagi pegawai dan anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), kata menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata cadangan itu membolehka­n elaun pegawai RELA dinaikkan dari RM7.80 sejam pada masa ini kepada RM9.80 sejam manakala elaun anggota naik dari RM6 sejam kepada RM8.

“KDN akan cuba usahakan supaya kenaikan itu dilaksanak­an tahun ini. Namun ia bergantung kepada kelulusan Kementeria­n Kewangan kerana ia melibatkan peruntukan tambahan RM10 juta setahun berbanding peruntukan sedia ada RM40 juta setahun,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas sambutan Hari Ulang Tahun RELA ke-47 di KDN di sini semalam, Muhyiddin berpendapa­t peruntukan tambahan itu tidak melampau dan beliau akan menulis surat sokongan kepada Kementeria­n Kewangan dengan segera untuk melaksanak­an cadangan kenaikan elaun itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata cadangan kenaikan kadar elaun RELA itu setelah mengambil kira kos sara hidup dan kebajikan kesemua 3.1 juta anggota RELA dan keluarga mereka.

“Kali terakhir elaun RELA

Kali terakhir elaun RELA dikaji ialah pada tahun 2012 iaitu tujuh tahun yang

” lalu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Dalam Negeri

dikaji ialah pada tahun 2012 iaitu tujuh tahun yang lalu,” katanya.

Muhyiddin berkata skop dan bidang kuasa RELA perlu dikaji supaya peranan jabatan berkenaan dapat ditingkatk­an.

Dalam ucapan beliau pada majlis berkenaan, Muhyiddin secara peribadi merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pasukan RELA.

“Terima kasih kepada RELA yang saya kenali lama sejak saya ‘di sebelah sana lagi sehinggala­h selepas Pilihan Raya Umum Ke- 14 di mana rakyat membuat keputusan memberi mandat kepada Pakatan Harapan Saya berharap RELA akan memberikan sokongan padu kepada kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Muhyiddin beramah mesra bersama anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) yang hadi pada Majlis Sambutan Ulang Tahun RELA ke-47 di Kementeria­n Dalam Negeri dekat Putrajaya, semalam Turut sama Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim.
— Gambar Bernama MESRA: Muhyiddin beramah mesra bersama anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) yang hadi pada Majlis Sambutan Ulang Tahun RELA ke-47 di Kementeria­n Dalam Negeri dekat Putrajaya, semalam Turut sama Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia