Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar masuk IPTS, program kemahiran turun mendadak

Boleh beri impak kepada akses pendidikan rakyat, ekonomi negara

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memandang serius trend penurunan mendadak jumlah kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Kementeria­n Sumber Manusia di Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS).

Pengerusi Gabungan Institut Kemahiran Swasta Bumiputera (GILKSB) Nordin Abdul Malek berkata walaupun trend tersebut mula terlihat pada 2016, namun penurunan ketara berlaku pada 2018 dan dijangka semakin menurun tahun ini.

“Bagi sektor IPTS, kejatuhan jumlah kemasukan pelajar tempatan dan luar negara, masing-masing mengalami penurunan sebanyak 32 peratus dan 40 peratus tahun lalu.

“Bilangan pelatih ILKS pula turun hampir 30 peratus iaitu daripada 30,160 pelajar pada 2017 kepada 21,729 orang pada 2018,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, ia bukan sahaja memberi kesan kepada IPTS termasuk yang bertaraf universiti dan kolej universiti tetapi juga memberi impak kepada akses pendidikan rakyat tempatan dan kesan ekonomi kepada negara.

Nordin berkata antara punca penurunan adalah isu permit kemasukan dan pengurusan berkaitan di peringkat Kementeria­n Dalam Negeri dan kurangnya daya penarik dan daya saing.

Manakala penurunan pelajar tempatan pula disebabkan tiga isu utama iaitu kegagalan pelajar memenuhi syarat SPM (gagal mata pelajaran Sejarah), penguranga­n kadar pembiayaan PTPTN dan masalah birokrasi di peringkat pentadbira­n kerajaan yang melibatkan pengurusan IPTS.

Nordin turut menggesa kerajaan, menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), mengadakan perbincang­an mengenai isuisu yang membelengg­u IPTS dan ILKS.

Antara yang dicadangka­n ialah menyediaka­n pelan hala tuju yang jelas konsep perkongsia­n awam dan swasta bagi IPTS dan ILKS supaya tidak bertindan dengan institusi pengajian awam, selain memperkema­s struktur pentadbira­n dan akreditasi supaya IPTS dan ILKS boleh berperanan sebagai produk ekonomi di peringkat antarabang­sa. — Bernama

Bagi sektor IPTS, kejatuhan jumlah kemasukan pelajar tempatan dan luar negara, masing-masing mengalami penurunan sebanyak 32 peratus dan 40

lalu. ” peratus tahun

Nordin Abdul Malek Pengerusi GILKSB

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Mohammad (kanan) menyampaik­an MyKad kepada Abas Abu Bakar di rumahnya d Kampung Lalang sempena Program Mekar dan Temu Mesra JPN, Baling semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Mohammad (kanan) menyampaik­an MyKad kepada Abas Abu Bakar di rumahnya d Kampung Lalang sempena Program Mekar dan Temu Mesra JPN, Baling semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia