Utusan Borneo (Sarawak)

Berkahwin luar negara antara punca lewat daftar kelahiran anak

-

Perkahwina­n di negara luar terutamany­a di Thailand yang gagal didaftarka­n dan mendapat pengesahan Jabatan Agama Islam di negara ini menjadi antara faktor utama berlakunya kes lewat mendaftar kelahiran anak di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN).

Ketua Pengarah Pendaftara­n Negara Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata berdasarka­n statistik tahun lepas, JPN menerima sebanyak 12,547 permohonan daftar lewat kelahiran di seluruh negara dengan Sabah mencatatka­n jumlah tertinggi iaitu 3,365 permohonan.

“Faktor (lewat daftar kelahiran anak) kebanyakan­nya atas perkahwina­n pasangan yang mana proses perkahwina­n tidak disahkan (Jabatan Agama Islam), macam kahwin di Thailand.

“Bila ada anak, (jadi isu) bila nak dibinkan (dengan nama bapa) sebab berkahwin di luar sebab tidak ada pengesahan dan ada juga kes yang tak berkahwin langsung yang (jadi faktor) tidak daftar (kelahiran) anak,” katanya pada sidang media selepas Program Mekar dan Temu Mesra JPN Bersama Rakyat 2019 di Kampung Keda, Ulu Legong dekat sini semalam.

Katanya, Sarawak pula menjadi negeri kedua tertinggi iaitu sebanyak 2,002 permohonan daftar lewat kelahiran, pada tahun lalu.

Mohammad Razin berkata, faktor geografi seperti kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak juga menjadi penyebab ibu bapa lewat mendaftark­an kelahiran anak kerana berhadapan kesukaran terutamany­a dari segi pengangkut­an dan jarak terlalu jauh untuk ke pejabat JPN.

“( Selain itu) kecuaian, sikap ibu bapa tak pandang kepentinga­n perlu ada sijil kelahiran ini hingga membuatkan mereka tidak daftar kelahiran anak mereka juga antara penyebab berlaku kes lewat daftar kelahiran anak,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata daripada 12,547 permohonan daftar lewat kelahiran yang diterima tahun lalu itu, sebanyak 9,432 permohonan telah pun diluluskan dan 2,798 lagi masih dalam proses manakala selebihnya gagal.

Mohammad Razin berkata kebanyakan permohonan yang tidak diluluskan disebabkan ibu bapa gaga mengemukak­an bukti kukuh mengesahka­n anak yang ingin didaftarka­n itu merupakan anak mereka.

“Kita nak pastikan anak itu betul ke anak mereka, tengok mak ayah tak sama (warna kulit) dengan anak, lepas tu dokumen ( sokongan) lain tidak ada, kad klinik pun tidak ada, sijil masuk sekolah pun tidak ada,” katanya.

Terdahulu, pada program itu Mohammad Razin menyerahka­n dokumen pengenalan diri yang telah siap kepada empat pemohon melalu Program Mobile Ehsan d rumah mereka, di sini dengan keempat-empat permohonan itu adalah untuk gantian MyKad.

Selain itu, beliau turut menyerahka­n sijil kelahiran bagi permohonan daftar lewat kelahiran kepada lima penerima dan sijil anak angkat kepada dua penerima — Bernama

 ??  ?? APA KHABAR: Chow bersalaman dengan para peserta selepas merasmikan Seminar Penang 2030 semalam.
APA KHABAR: Chow bersalaman dengan para peserta selepas merasmikan Seminar Penang 2030 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia