Utusan Borneo (Sarawak)

BSH: RM100 untuk kategori bujang dibayar hujung Mac

-

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 sebanyak RM100 akan diberikan kepada individu di bawah kategori bujang pada hujung Mac ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata bayaran kepada golongan bujang yang berdaftar dalam pangkalan data BSH 2018 itu akan memanfaatk­an lebih tiga juta individu dan melibatkan peruntukan sebanyak RM300 juta.

“Bayaran dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Berhubung bayaran selanjutny­a, Lim berkata kadar bantuan BSH 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangk­an kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamad­kan.

Bagi pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubung­i talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada: bsh@ treasury. gov. my.

Lim berkata berdasarka­n keputusan Kabinet pada tahun lepas, BSH 2019 mengutamak­an penerima yang berkeluarg­a serta menyediaka­n kadar tambahan mengikut bilangan anak di bawah tanggungan.

Namun, katanya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menekankan bahawa isu tekanan kos sara hidup perlu diberi perhatian kepada semua pihak yang memerlukan dalam masa terdekat.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan juga menyaranka­n supaya bantuan diberikan kepada anak muda bujang yang berpendapa­tan kecil.

“Lantaran saranan tersebut dan sebagai menepati hasrat kerajaan berjiwa rakyat yang berkepriha­tinan, Kementeria­n Kewangan, sebagai permulaan, akan membuat bayaran RM100 kepada setiap individu yang terdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia