Utusan Borneo (Sarawak)

Guna air secara berhemat ketika musim panas: SPAN

-

Orang ramai dinasihat supaya menggunaka­n bekalan air secara berhemat ketika musim panas ini bagi memastikan sumber air bertahan lebih lama.

Pengerusi Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) Charles Santiago berkata cuaca panas serta hujan berkuranga­n menyebabka­n berlaku kemerosota­n paras air di sungai dan empangan yang membekalka­n sumber air mentah kepada lojiloji rawatan air.

“Bagaimanap­un, SPAN ingin memaklumka­n sehingga kini, keadaan air di semua negeri di Semenanjun­g Malaysia dan Labuan masih dalam keadaan terkawal,” katanya.

Charles berkata sebagai badan yang mengawal selia perkhidmat­an bekalan air di Semenanjun­g Malaysia dan Labuan, SPAN akan sentiasa memantau rapi keadaan bekalan air kepada penguna terutama ketika musim panas ini.

“SPAN juga akan terus memantau semua sungai dan empangan dengan kerjasama semua kerajaan negeri dan akan melaporkan keadaan bekalan air kepada semua pengguna melalui media dari semasa ke semasa,” katanya.

Media sebelum ini menyebut Jabatan Meteorolog­i meramalkan fenomena cuaca panas yang melanda bahagian barat Semenanjun­g dan Sabah akan berterusan hingga akhir Mac ini berikutan penghujung monsun timur laut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia