Utusan Borneo (Sarawak)

NWI jadikan sektor swasta lebih kompetitif tarik pekerja

-

Indeks Gaji Kebangsaan (NWI) boleh dijadikan penanda aras bagi sektor swasta untuk lebih kompetitif dalam menarik masuk pekerja- pekerja ke dalam sektor-sektor tertentu, kata Pengarah Eksekutif Persekutua­n Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan.

“Ini juga boleh membuat pekerja sesebuah syarikat kekal lebih lama dalam syarikat berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran NWI di sini semalam.

NWI yang dibangunka­n oleh Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), dilancarka­n oleh Menteri Sumber Manusia M.Kulasegara­n.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda berkata NWI adalah satu indeks yang amat berguna dan memberikan manfaat kepada sektor awam dan swasta.

“Ini adalah sesuatu yang sangat baik untuk negara, pekerja dan majikan. Indeks Gaji Kebangsaan ini sudah pasti dapat membantu semua kategori melihat bagaimana menangani kos sara hidup melalui sistem penggajian yang efektif,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia