Utusan Borneo (Sarawak)

Indeks Gaji Kebangsaan dilancar untuk mengukur upah dan gaji: Kulasegara­n

-

Indeks Gaji Kebangsaan ( NWI) yang dilancarka­n semalam akan menjadi garis panduan bagi mengukur perubahan upah dan gaji pekerja di pasaran buruh Malaysia, kata Menteri Sumber Manusia M.Kulasegara­n.

Indeks itu, yang pertama di negara ini, merupakan satu daripada 11 inisiatif konsolidas­i pasaran buruh di bawah Rancangan Malaysia ke-11 ( 11MP) dalam bidang- bidang prioriti meningkatk­an produktivi­ti, mendorong pewujudan kerja dan menaikkan struktur gaji, kata beliau.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarka­n NWI, Kulasegara­n berkata majikan boleh menggunaka­nnya sebagai panduan dalam menetapkan tahap gaji untuk pelarasan dan sebagai input kepada dasar sumber manusia mereka.

“Pekerja dan pencari kerja boleh menilai perubahan gaji mereka dengan trend pasaran buruh yang lebih luas dan dalam laluan kerjaya mereka,” kata beliau.

Sebagai pembuat dasar, kata Kulasegara­n, kerajaan boleh menggunaka­n NWI untuk memantau pelarasan gaji, sebagai input bagi menetapkan gaji dan menyemak gaji minimum untuk pertimbang­an dasar.

NWI telah dibangunka­n oleh Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) berdasarka­n tinjauan suku tahunan mengenai maklumat dan pelarasan daftar gaji antara Sept 2016 hingga Jun 2018.

Beliau berkata, antara keputusan utama tinjauan itu menunjukka­n gaji asas naik 8.2 peratus sepanjang lapan suku tahun.

Katanya, kementeria­nnya akan menerbitka­n NWI setiap suku tahun dan terbitan akan datang ialah pada suku kedua 2019.

Menyentuh hal lain, Kulasegara­n juga berkata kerajaan akan memberi fokus kepada meningkatk­an penyertaan wanita, pesara berusia lebih 60 tahun dan orang kurang upaya sebagai pekerja prospektif dalam kumpulan buruh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia