Utusan Borneo (Sarawak)

Syed Saddiq akan bawa usul turunkan had umur mengundi pada sesi Parlimen Mac ini

-

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bercadang membawa usul pindaan Perlembaga­an Persekutua­n bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun pada sesi Parlimen Mac ini.

“Saya sasarkanny­a (bawa usul) pada sidang parlimen sesi ini dan sekarang kami tengah berbincang dengan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) untuk pindaan perlembaga­an itu,” katanya kepada pemberita selepas sesi ‘townhall’ Parlimen Belia Malaysia (PBM) di Akademi Kenegaraan, di sini, semalam.

Syed Saddiq berkata perbincang­an telah diadakan dengan pelbagai pihak termasuk wakil parti-parti politik.

“Kami telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PAS, UMNO dan lain-lain dan mereka juga telah mencapai konsensus dalam isu ini.

Pada masa ini, had umur layak mengundi ialah 21 tahun.

Pada 19 Sept lepas, mesyuarat jemaah menteri bersetuju dengan cadangan untuk meminda Perlembaga­an Persekutua­n bagi tujuan itu.

Dalam pada itu, Syed Saddiq yang juga ahli Parlimen Muar berkata Kementeria­n Belia dan Sukan akan mengusulka­n penurunan umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun.

“Kalau mengikut Akta Pertu- buhan Belia dan Pembanguna­n Belia, had umur belia ialah 40 tahun ke bawah... sebab itu saya akan bentangkan dalam sidang Parlimen kali ini atau akan datang untuk turunkanny­a kepada 30 tahun.

“Ini adalah perkara mustahak kerana di negara-negara lain had piawaian umur belia ialah 28 tahun ke bawah tetapi kita pula masih tersekat pada umur 40 tahun,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUNKAN HAD UMUR: Syed Saddiq ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Sijil Penghargaa­n kepada Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) 2017-2018 dan sesi Townhall Parlimen Belia Malaysia (PBM) di Akademi Kenegaraan semalam.
— Gambar Bernama TURUNKAN HAD UMUR: Syed Saddiq ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Sijil Penghargaa­n kepada Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) 2017-2018 dan sesi Townhall Parlimen Belia Malaysia (PBM) di Akademi Kenegaraan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia