Utusan Borneo (Sarawak)

Uncle Kentang mahu wujudkan pasar 10 sen

-

Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Kuan Chee Heng berhasrat mewujudkan Pasar 10 sen bagi mengurangk­an beban masyarakat tempatan.

“Kita mungkin boleh buat Pasar 10 sen supaya kita boleh kongsi rata dengan semua masyarakat di sini, khususnya mereka yang tidak berkemampu­an.

“Di Semenyih ini, ada yang tak mampu nak ke hospital, tiada tambang nak ke hospital dan lain-lain... kita mulakan dengan memberi kemudahan asas’,” katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Media PRK DUN Semenyih di Beranang di sini semalam.

Pada PRK Semenyih, Kuan yang dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ berdepan saingan empat penjuru menetang calon Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali, Zakaria Hanafi (Barisan Nasional) dan Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia).

Suruhanjay­a Pilihan Raya menetapkan hari mengundi awa 26 Feb,manakala hari pengundian pada 2 Mac. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Muhammad Aiman (kiri) ketika membuat tinjauan mesra bersama peniaga dan penduduk setempat ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih di Restoran Mak Aji semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Muhammad Aiman (kiri) ketika membuat tinjauan mesra bersama peniaga dan penduduk setempat ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih di Restoran Mak Aji semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia