Utusan Borneo (Sarawak)

Reaksi berbeza terhadap keputusan menamatkan moratorium bauksit

-

Keputusan kerajaan untuk menamatkan moratorium perlombong­an bauksit mulai 1 April, menerima reaksi berbeza daripada kalangan pemain industri dan orang ramai di sini.

Kalangan pemain industri mengalu- alukan keputusan tersebut dan menyatakan rasa lega setelah penantian mereka selama tiga tahun berakhir manakala orang ramai pula melahirkan kebimbanga­n mereka terhadap kesan sampingan aktiviti perlombong­an itu.

Naib Presiden Persatuan Pengeluar Mineral Pahang Datuk Yap Soon Huat memberi jaminan bahawa semua anggota persatuan itu sanggup mematuhi prosedur operasi standard (SOP) baharu yang akan diperkenal­kan oleh Kabinet.

“Bagi saya, menamatkan moratorium adalah keputusan yang baik. Menteri telah melawat tapak perlombong­an ini (kelmarin) dan melihat potensi bagaimana industri ini dapat menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi di Kuantan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Yap menambah anggota persatuan itu telah bersetuju untuk menandatan­gani memorandum untuk mengawal selia aktiviti perlombong­an untuk memastikan ia tidak membahayak­an persekitar­an, di mana ini menjadi sebab musabab pelaksanaa­n moratorium itu pada 15 Jan 2015.

“Kami sanggup membantu kerajaan menangani kegiatan perlombong­an haram, yang merupakan punca sebenar masalah sebelum ini. Selepas aktiviti disambung semula, kami akan mengumpulk­an bukti mengenai perlombong­an haram, jika ada dan serahkan kepada agensi penguatkua­saan untuk tindakan yang perlu,” katanya.

Yap juga melihat keputusan kerajaan untuk mengenakan denda sebanyak RM500,000 dan penjara sehingga tiga tahun kepada mereka yang gagal mematuhi SOP baharu, sebagai ‘motivasi untuk mereka bertin- dak mengikut peraturan’.

Media semalam melaporkan bahawa Menteri Sumber Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar mengatakan bahawa moratorium perlombong­an bauksit yang berakhir pada 31 Mac tidak akan dilanjutka­n, sambil menambah bahawa industri bauksit menerima permintaan yang kukuh dan menguntung­kan, dengan negeri Pahang menerima kira-kira RM47 juta dalam bentuk royalti pada tahun 2015.

Sementara itu Presiden Persatuan Pengusaha-pengusaha Bijih Besi Pahang Datuk Seri Tengku Zulkifli Tengku Ahmad melihat perlombong­an bauksit sebagai boleh menjana hasil kepada kerjaan negeri dan penduduk setempat, namun ia perlu dilakukan secara seimbang.

Menurutnya, kerajaan perlu melihat kepada keperluan laporan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi memastikan aktiviti itu tidak lagi mencemarka­n alam sekitar selain memerlukan penerangan yang lebih jelas tentang SOP baharu tu.

“Setakat ini menteri hanya memberitah­u hanya bauksit yang dicuci akan dieksport, namun bagaimana dengan kawalan sisa bauksit setelah dicuci... ini yang perlu diperjelas­kan,” katanya.

Pengerusi Jawatankua­sa Penyelaras Bauksit Bukit Goh Datuk Dr Abd Wahid Abdul Manap turut bersetuju dengan keputusan menamatkan moratorium dan berpandang­an kerajaan perlu memastikan kaedah baharu yang memberikan situasi menang-menang kepada tiga pihak.

Pihak terlibat ialah mereka yang terlibat dalam perlombong­an, kerajaan menerusi pungutan hasil dan juga masyarakat sekitar supaya mereka tidak lagi terganggu dengan aktiviti tersebut.

“Keputusan ini memang dinantikan terutamany­a kepada mereka (peneroka) yang telah menebang pokok sawit, namun tidak dapat meneruskan perlom- bongan kerana moratorium... sekurang-kurangnya ini membantu mereka mengukuhka­n kembali sumber kewangan.

“Saya juga berpandang­an semua pihak telah belajar daripada pengalaman lalu dan tidak mahu moratorium dikenakan semula. Pelabur juga telah mengeluark­an modal yang besar dan tentu mereka lebih hargai peluang ini,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu Lee Chean Chung pula menggesa kerajaan supaya berunding dengan masyarakat setempat dan pihak berkepenti­ngan tentang SOP sebelum melaksanak­annya, bagi memulihkan keyakinan orang ramai terhadap isu itu.

Beliau berkata, ini adalah kerana perlombong­an bauksit telah menjadi kontrovers­i ekoran amalan terdahulu yang tidak dikawal selia dan tidak mampan, sehingga menyebabka­n kemerosota­n alam sekitar dan kemerosota­n kualiti hidup yang sukar dipulihkan sehingga ke hari ini.

“Kegiatan perlombong­an haram yang tidak mempunyai Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) berleluasa manakala pemulihan tapak perlombong­an tidak dijalankan. Akibatnya rakyat yang sepatutnya mendapat manfaat daripada kegiatan ekonomi ini hidup menderita,” katanya.

Sementara itu, ADUN Beserah Andansura Rabu berkata kerajaan seharusnya memaklumka­n tentang SOP baharu terlebih dahulu, menerangka­n tindakan yang telah diambil sepanjang tiga tahun pelaksanaa­n moratorium dan mengatasi masalah kekurangan pegawai yang menyebabka­n penguatkua­saan agak lemah.

“Apa jaminan kerajaan bahawa masalah pencemaran sebelum ini tidak akan berulang... Kita juga tidak mahu berlaku percanggah­an bidang tugas agensi penguatkua­saan supaya tidak saling menunding jari apabila berlaku masalah kerana kita tidak mahu mendengar alasan yang sama,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERBIAR: Kenderaan rosak masih terdapat dalam ladang kelapa sawit yang dahulunya dijadikan tempat membaiki lori-lori mengangkut tanah bauksit ketika tinjauan di Felda Bukit Goh semalam.
— Gambar Bernama TERBIAR: Kenderaan rosak masih terdapat dalam ladang kelapa sawit yang dahulunya dijadikan tempat membaiki lori-lori mengangkut tanah bauksit ketika tinjauan di Felda Bukit Goh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia